Monday 30 May 2011

Sabhi Saddi feat Helena-Tanpamu


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jatungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada di sini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku terhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
(ULANG)Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


Rasa Macam-macam pulak..*ada-ada je aku ni*


Lagi berapa minggu je masa yang aku ada..nak prepare macam-macam..i hope this is my right choice...perasaan berbelah bahagi je..chillex la diana!!!


Alahai feeling..kenapa la rasa macam ni..macam apa? haa mula la nak merapu..jangan ikutkan sangat perasaan..betul tak? mm okay la tak tahu nak taip apa lagi..chow~~




Sunday 29 May 2011

Tak suka!!


TAK SUKA orang menipu.
TAK SUKA orang cakap belakang.
TAK SUKA orang marah.
TAK SUKA kena buli.
TAK SUKA orang ambil kesempatan.
TAK SUKA lelaki gatal (cepuk je muka dia..hehehe).
TAK SUKA tengok perempuan menggatal (tutup mata je).
TAK SUKA tengok orang gaduh (jangan tengok..hehe).
TAK SUKA dikhianati.
TAK SUKA tempat sesak, lagi-lagi tempat tu ramai orang (duduk rumah je hee).
TAK SUKA menangis (tapi menangis jugak).
TAK SUKA bila kering idea nak post entry apa..hukhukhukkk

Tu jela...korang tolong sambungkan yew..

"Ipad" Just A Dream :(


Best tengok orang ada ipad..uwaaa!!! nak jugak...*mahal kot* tak apa la...tengok gambar pun jadila....huk huk huk huk...

Friday 27 May 2011

Kepada User Facebook, Pleasa La Jangan Buat Macam Tu!!


Isu "PROFILE FAKE" dari dulu memang ada..tapi aku tengok sekarang ni bukan main lagi ehh..menjadi-jadi pulak...korang kalau nak buat account facebook pakaila korang punya profile picture sendiri..yang sebok ambik picture orang buat apa...kalau dah tak nak letak muka sendiri letakla gambar karton ke..apa-apa jela asalkan tak buat profile picture guna GAMBAR ORANG LAIN..aku kesian tengok orang yang dah kena..ramai kawan-kawan aku yang dah kena..asal wey buat macam tu..cuba orang buat ko..marah tak? so please be honest ok...



Plus Mines Divided Times And So On


Tiba-tiba pulak letak gambar operasi matematik..haha!! Aku bukan nak cakap pasal matematik tapi pasal masa..MASA ITU EMAS...betul tak? Kalau tolak makan..tolak minum..tolak mandi..tolak tu tolak ni..berapa banyak je masa kita spent untuk study...lagi-lagi students yang nak exam..leka manjang...bila pikir balik...aiii gerun pulak..and masa ni bukan tertumpu pada yang sedang belajar je..bagi yang bekerja pulak..nak cari duit untuk hidup sudah semestinya tapi dalam kepala PENAT PENAT PENAT..berapa banyak je masa ada untuk yang bekerja tu rehat? And paling penting sekali!!!! Bagi yang beragama Islam..berapa banyak masa kita tumpukan untuk mengaji berzikir?? *terasa pulak aku..heeeee* 








Hargailah masa korang ehh!! Kena tau macam mana nak arrange masa dengan betul..


Boleh jugak kita gunakan time table macam ni..much better right??


*Gambar ni tak ada kaitan langsung kan? haha..saja je..*
So..bagaimana nak menguruskan masa bergantung pada setiap individu tu..harap dapat dimanfaatkan bersama..:)

3 Kunci Yang Perlu Ada Pada Lelaki Sebelum Menjadi Suami

Di dalam hidup berumah tangga, lelaki menjadi tunggak utama sekaligus menjadi ketua keluarga..walaupun aku belum berkahwin, tapi ada ilmu yang ingin dikongsi bersama..aku dapat ilmu ni pun dalam rancangan Halaqah dan Tanyalah Ustaz..selain daripada keimanan nak tau apa tiga kunci yang perlu ada pada lelaki sebelum menjadi suami??

  1. Kunci Pejabat : Maksudnya bukanlah lelaki tu kena ada pejabat sendiri..tapi if ada pun Alhamdulillah..advance tu..hehe..maksudnya lelaki tu mesti la ada kerjaya..kalau kerja pun tak ada..macam mana nak cari duit? macam mana nak bagi isteri dengan anak-anak makan? nak kopak duit isteri? aiii...jangan buat macam tu..tu penganiyaan tu..
  2. Kunci Rumah : Bila dah kahwin kena la ada rumah sendiri..tu lebih baik..kalau dah kahwin masih nak duduk kat rumah orang tua..baik tak payah kahwin..tanggungjawab pada isteri jangan tak buat..kalau banyak sangat cekadak..jangan kahwin..jangan seksa si isteri tu..ada paham??
  3. Kunci Kereta : Haaa....ni sangat penting..bila dah berkahwin nanti takkan la tak ada transport langsung..macam mana nak uruskan hal yang penting? takkan nak harap pada kenderaan awam je kot..situasi 1 : kalau isteri mengandong, kalau teksi tak ada takkan nak naik bas kot..isteri tu dahla sakit sebab awak..awak buat macam tu pulak..situasi 2: kalau isteri or anak sakit..takkan nak naik bas kot..anak tu dah kritikal dah...cuba bayangkan waktu malam kejadian tu..tak haru jadinya? kalau nak pinjam kereta, dibuatnya orang tu pun ada hal mustahak..of coz la dia dahulukan diri dia dulu..


Tu jela yang aku nak kongsi..so fikirkanlah ya......

Wednesday 25 May 2011

♥Make Up??♥


Tadi adik aku (Lily), tanya kat aku.."Kak Dina..kawan lily tanya lily ni tak reti ke nak make up.." Aku pun gelak la...normal la tu...ada orang yang start belajar make up awal and ada jugak yang lambat..depends la kan..macam aku pulak, aku start berjinak dengan benda-benda alah ni semua masa aku form 4..time tu setakat pakai eye shadow dah reti..masuk form 5..dah up la dengan eyeliner, eyeshadow,mascara and tak ketinggalan blusher..hehehe..tapi aku tak ada la make up over and tebal sangat..sebab nanti menyerupai orang kafir..ye tak?? :)





Hehehe..tak ada kerja kan..?? :P

Titanic


Korang semua mesti dah tengok kan cerita ni? Aiii..aku tengok ulang-ulang pun still menangis jugak..lagi-lagi part Rose lepaskan tangan Jack masa nak tiup wisel tu..macam-macam Jack buat untuk selamatkan Rose..sweetnya Jack..tapi ada lagi ke lelaki macam tu zaman sekarang ni? Mungkin ada...but bila fikir balik masa Jack dengan kawan dia main judi sebab nak dapatkan duit naik kapal Titanic tu, sebenarnya dorang dah menempah maut..yang kalah judi tu la yang selamat kan? Tu la namanya takdir..

Saturday 21 May 2011

Laman Web Sosial ???


Sekarang macam-macam laman web sosial ada...betul tak? Bila aku search semua ni..perghhh!! Melambak-lambak..twitter la..facebook la..flickr la...Maklumlah teknologi pun makin maju and berkembang..makin ramai la orang yang cipta bermacam-macam laman web sosial..


Persoalan sekarang ni adakah user di luar sana menggunakan laman web sosial dengan cara  yang betul ? Aku pun ada gak join laman web sosial tapi aku tak la guna dengan cara yang salah..korang pulak macam mana? Baru-baru ni aku ada terbaca status salah sorang member aku..dia cakap "apa pendapat korang tentang *%^#$@+& ni? menyusahkan or menyenangkan?" Ada feedback jawapan yang positif..negatif tak payah cakapla..lagi banyak...Bagi aku, semua ni bergantung pada user nak guna macam mana? Cara yang betul? Or cara yang salah..dua tu je point-nya..Hanya majoriti dari kita guna dengan cara betul..selebihnya pulak.......mmm paham-paham jela...tu pendapat aku la...so, korang pikir-pikirla..:)

Thursday 19 May 2011

♥Sahabatku♥



Aku masih ingat lagi masa aku darjah 1 hinggalah darjah 3 BFF aku FADILAH..dah lama aku tak jumpa and lama jugakla aku tak contact dia sejak dia pindah sekolah..memang rindu sesangat..memang betul kata pujangga..DI MANA ADA PERTEMUAN DI SITU ADA PERPISAHAN..KADANG-KADANG PERPISAHAN ITU AKAN MENEMUKAN KITA KEMBALI WALAU JARAK MASA YANG AMAT PANJANG..akhirnya setelah beberapa tahun aku dapat contact dengan dia semula..tu pun lepas dia add aku kat fb..dia kata "puas aku jejak cari kawan2 aku..haha!!" sayang kau fadilah !!!


And aku still ingat lagi..kawan yang sentiasa buat aku terhibur masa aku darjah 4 dulu..tak lain tak bukan..she is SITI RAIHANIZA..aku pun jarang contact dia sekarang ni..maklumlah masing-masing sibuk study..ye tak? pape pun i want u to know that i miss u so much!!!



Tak dilupakan to my little baby bombom ASMI HANNANI..gambar kat atas ni special sikit untuk kamu sayang..mana taknya..kita ni manjang semua benda nak sama..:Dsayang sama kamu dear..dah 6 tahun lebih kita kenal kan..and kita rapat till now..aku harapkan persahabatan kita kekal sampai bila-bila..jangan lupakan aku taw!!! 

                

Monday 16 May 2011

Tahukah Anda?


SESEORANG ITU BERCAKAP BOHONG ATAU TIDAK? MACAM MANA NAK KENALPASTI? 

Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, saat seseorang bercakap bohong biasanya dapat dilihat melalui fizikalnya. Nak tahu macam mana? Salah satunya dengan mengamati mata seseorang. Sebab apa?

Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan dia bercakap jujur. Manakala jika bola mata bergerak ke kanan kemungkinan orang itu berbohong. Hal ini kerana bahagian otak kiri kita berfungsi sebagai AUDITORY MEMORY, sedangkan kanan untuk KREATIFITAS. Maka bila bola mata bergerak ke kiri, bererti dia berusaha untuk mengingati sesuatu. Sebaliknya jika bola mata bergerak ke kanan bererti dia sedang mencuba menyusun atau mengarang sesuatu untuk dijawab. 

Contoh lain seseorang sedang berbohong :
  1. Badan berpeluh.
  2. Nafas mula berat.
  3. Nada suara berbeza dan berubah ton suara.
  4. Badan dan wajah kelihatan kaku.
  5. Tangan banyak bergerak.
  6. Cuba mengubah topik lain.
  7. Kelihatan gugup.
  8. Kerap mengubah posisi duduk.




Sunday 15 May 2011

♥SELAMAT HARI GURU♥


Aku nak ambik kesempatan yang ada ni untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang insan yang berjaya..especially Selamat Hari Guru kepada ibu yang tersayang and to all teachers who teach me dari aku tadika sampaila sekarang..GURU..JASAMU AKAN KU KENANG...

Saturday 14 May 2011

Simbah Asid : Mangsa ke-23


Salam semua, kita dikejutkan lagi dengan isu simbah asid yang semakin menjadi-jadi. Mangsa yang ke-23 merupakan anak pegawai polis. Mangsa diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga. Kuala Lumpur : "Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal,"kata mangsa ke-23 kes serangan simbah asid yang hanya mahu dikenali sebagai Emma. Insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju. Mangsa diserang sekitar pukul 8.30 pagi. "Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya pedih. Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid,"katanya. Kes simbah asid mensasarkan kepada wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu kota. Dinasihatkan kepada wanita di luar sana supaya lebih berwaspada, lebih-lebih lagi di perhentian bas, parking kereta, kawasan sunyi mahupun kepada pejalan kaki. 

Friday 13 May 2011

♥MY BFF♥



Rindunya kat bestfriend aku nii..!!!! Gambar ni time aku form 4..aku dengan dia suka sangat tengok cerita ghost..sampaikan sanggup tahan malu nak snap picture yang sama macam citer ghost..hey gurl!! diz is crazy idea..best ever after..!! haha!! Aku and dia banyak persamaan...tu yang buat aku akrab dengan dia...and thank to my class teacher, Puan Aziyati..kalau tak sebab cikgu ubah tempat duduk student dalam class..and tak tempatkan aku and dia semeja..mungkin aku and dia bukan bestfriend skunk ni...To my lady gurl bombom..!! U ARE MY BESTFRIEND FOREVER!!!!!!! 


♥Rindu Kamu♥


Rindunya time ni...
Rindunya kat dia...(malu)
Dia selalu ambik berat pasal aku...
Kadang2 bila aku ada masalah...
Aku tak cerita kat dia..
The reason is aku tak nak selalu bercerita masalah..
Biasa la kan lumrah kehidupan...
Lama2 orang akan bosan kalau kita ni cerita masalah..
Bila alasan tu aku bagi kat dia bila aku tak cerita masalah dia kata "kenapa pikir jauh macam tu..tak semua lelaki macam tu..story la ya...tak mau sedih..jangan pendam2 masalah.."
Ibu, adik2 and si dia selalu menjadi penghibur waktu aku sedih...
Ya Allah..
Terima kasih kerana mengurniakan orang2 yang sayangkan aku....


Thursday 12 May 2011

Salahkah aku?


Kemana hilangnya dirimu yang ku kenal dulu...
Aku rindukan kemesraanmu...
Tawamu...
Gurauanmu..
Kemana semua itu menghilang..
Ingatkah lagi kau akan kenangan waktu kecil kita bersama?
Tika itu hubungan kita akrab..
Ingat lagikah engkau akan kenangan pahit sewaktu usia kecil kita?
Kita tempuhi bersama-sama..
Engkau selalu membuatku tersenyum jika aku berduka...
Salahkah aku merindui dirimu yang dulu?
Pulanglah kembali...
Aku menunggumu di titian sungai..
Inginku tunjukkan kepadamu betapa derasnya air sungai yang mengalir ini...
Air sungai ini diibaratkan seperti darah yang mengalir di dalam tubuh kita..
Pertalian darah tak dapat dipisahkan meskipun nafasku terhenti....
Pulanglah....
Aku sedia memaafkanmu...

Wednesday 11 May 2011

Bengang tol la!!!


Tak boleh ke dalam sehari ni nak rasa tenteram sikit..dah berapa kali masuk ni 5 6 kali nombor sesat ni miscall aku. dia bleh2 tanya aku macam mana nombor ni ada dalam phone dia..ehh cik abg! STUPID QUESTION LA..ayat lapuk. aku marah and tak layan..mamat ni kata aku sombong..perlu ke aku nak gatal2? it's not me. i just be myself..

Cathelina ohhh Cathelina


Pagi2 lagi aku dengan adik aku dah bersihkan sangkar dia...mandikan dia...lepas tu bagi dia breakfast..hehehe!! Bila dah makan bukan main ligat lagi dia terkejar sana sini..penat aku nak tangkap dia...lastnya aku surrender je...bagi dia main dulu...lama pastu sunyi jer..aku pelikla..maner pergi catheline ni? Melilau aku cari..rupanyer dia masuk sangkar sendiri..selama ni punyerlah payah bab2 masuk sangkar. Bila aku datang dekat..tengok dia dah buang air dalam sangkar..GOOD CATHELINA!! Macam tu la....baguslah tak buang merata2....tak sia2 mommy diana ajar kan...ahaks!! :DD

Tuesday 10 May 2011

Terharunya....:DD



Hari ni dia topupkan lagi...katanya tak nak kredit aku kosong..heheheee..CO CWEET!!!! (Tapi malu bukan kepalang + segan yang teramat) tQ so much coz u take care of me...i am really appreciate that..:DD


Rahsia Nama Anda

Berdasarkan nama, kita dapat mengetahui personaliti masing-masing. Sebagai contoh nama ALI terdiri daripada A, L dan I. Personaliti nama ALI adalah seperti berikut :
A- Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu yang bermain-main di dalam fikiran.
L- Kamu amat percaya pada cinta.
I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang tersenyum.

  • A- Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu yang bermain-main di dalam fikiran.
  • B- Amat berhati-hati apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali.
  • C- Kamu masih sembunyikan sesuatu di dalam diri kamu. 
  • D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.
  • E- Kamu tergolong dalam individu yang menyeronokkan.
  • F- Semua orang menyayangi kamu.
  • G- Kamu memiliki cara tersendiri untuk menilai orang.
  • H- Kamu tidak mempunyai kepakaran untuk mengadili sesuatu perkara.
  • I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang tersenyum.
  • J- OPPSSS!! Kamu amat cemburu orangnya.
  • K- Kamu gemar mencuba sesuatu perkara baru.
  • L- Kamu amat percaya pada cinta.
  • M- Kejayaan hadir dengan mdah dalam hidupmu.
  • N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.
  • O- Kamu berfikiran terbuka.
  • P- Kamu seorang peramah dan amat memahami.
  • Q- Kamu amat hipokrit. AWAS!!
  • R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.
  • S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh ke hadapan.
  • T- Sikap kamu agak menjengkelkan orang di sekeliling kamu.
  • U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu di sekelilingmu.
  • V- WOW!! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik.
  • W- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada. 
  • X- Kamu tidak suka pada arahan.
  • Y- Kamu sering menimbulkan masalah kepada orang lain bahkan pada diri kamu sendiri.
  • Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang.

Monday 9 May 2011

You Hurt Me...


Pain...it's difficult to say it....go away from me and give back my life...don't disturb me.. all things that happen now just ruin my life..every minute, every second i lost my life..how long will u go away from me...

Sunday 8 May 2011

SELAMAT HARI IBU.....SAYANG IBU......

Hari ibu? Ada apa dengan hari ibu?? Apa itu ibu? Ibu adalah insan yang sangat mulia hatinya...tanpa ibu..siapalah kita...ibu...sungguh besar pengorbanan ibu..Hari ibu adalah hari yang dinantikan oleh setiap ibu..dan bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu...semestinya semua orang menyambut hari yang sangat bermakna ini...aku pun tak terkecuali dari meraikan hari yang sangat bermakna ini...aku tau ibu suka giler dengan tudung ariani..so..aku pakat dengan adik-adik aku nak belikan ibu tudung ariani..seronokla ibu...aku pun terhibur bila ibu gembira...tapi, hadiah tu tak dapat nak dibandingkan dengan jasa ibu yang telah menjaga dan membesarkan aku..ibu..engkaulah ratu hatiku..TERIMA KASIH IBU!! Tanpa ibu siapalah aku...

Friday 6 May 2011

Promosi

Kisah



Tajuk : Kisah Kau Dan Aku

DIPLOMA CINTA: BIAR SI DIA MILIK MU SELAMANYA


Harap dapat dikongsi bersama.....
Kamu telah terpikat kepada seseorang. Si dia benar-benar menepati citarasa kamu. Kamu pandai berjenaka dan mempunyai rupa paras yang menarik. Kamu tahu si dia adalah pasangan paling ideal untuk mu. Suatu hari, teman baik kamu telah memberitahu si dia bahawa kamu amat meminatinya. Rupanya kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Bunga cinta pun berputik. Namun demikian, ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah bagaimana kamu dapat memastikan perhubungan istimewa dengan si dia kekal indah dan mesra?

Memang benar kata orang bahawa jatuh cinta itu amat mudah sekali. Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan. Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan.
Berikut adalah antara beberapa tips positif yang boleh kamu pratikkan agar percintaan kamu lebih indah dan menyeronokkan:

Jangan prasangka!

Jika si dia berada dalam keadaan marah, ini tidak bermakna si dia memarahi kamu. Dan, hanya kerana si dia tidak mengatakan "aku cinta padamu..." seratus kali dalam sehari, tidak bermakna si dia tidak mencintai mu.
Mungkin si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan kasih sayangnya padamu. Kadang kala cinta itu tidak perlu di luahkan melalui perkataan, perbuatan sudah cukup memadai untuk menerangkan betapa si dia mencintai kamu.

Mempunysi kehidupan

Walaupun kamu sudah mempunyai seorang teman istimewa, namun kamu juga perlukan kehidupan kamu sendiri. Mungkin kamu berasa menghabiskan 24 jam sehari bersama si dia menyeronokkan tapi cuba kamu fikir kembali sewaktu kamu masih solo. Kamu sering melakukan perkara-perkara yang kamu anggap menyeronokkan kamu tapi setelah kamu sudah berpunya, kamu tidak lagi melakukannya. Bercinta tidak semestinya kamu meninggalkan semua aktiviti yang menyeronokkan kamu dan kamu juga perlu ingat cinta tidak boleh mengenyangkan perut kamu!

Biarkan dia dan cara hidupnya

lngat, biarkan si dia lakukan apa yang dia suka. Jangan cuba mengongkongnya. Jika kamu cuba menjadi 'pengawal', kamu hanya mengundang masalah!
Cuba bersikap bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Contohnya, jika si dia pergi ke satu konvoi motosikal tanpa mengajak kamu. Tentu kamu berkecil hati tapi jangan salahkan si dia kerana mungkin si dia berpendapat yang kamu pun kurang suka pergi ke acara seperti itu.
Begitu juga jika kamu pergi ke Lot 10 bersama teman-teman mu untuk membeli kasut. Dan, pada mu, si dia tentu tidak suka menghabiskan masa bersama perempuan di gedung membeli belah. Jadi buat apa ajak si dia. Tentu perasaan kamu dan si dia sebelum ini adalah sama. Yang penting ialah bertolak ansur antara satu sama lain. Jangan hanya disebabkan perkara remeh temeh, kamu marah padanya.

Jangan bandingkan dia dengan orang lain

Secara peribadi, setiap pasangan mahukan satu perhubungan yang harmoni dan sentiasa berfikiran terbuka di antara satu sama lain.
Jangan membandingkan si dia dengan bekas teman lelakimu atau teman lelaki orang lain. Kamu terpaksa menerima apa jua keadaan terhadap teman lelakimu seadanya.
Setiap lelaki tidak suka dia dibanding-bandingkan dengan orang lain. Cuba kamu fikirkan jika ia berlaku ke atas diri kamu? Teman lelakimu suka membanding-bandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya atau wanita-wanita yang lain. Apa perasaanmu pada ketika itu? Tentu kamu tidak menyenangi perbuatan teman lelakimu itu bukan? Jadi untuk menjamin perhubungan yang kekal dan harmoni jangan cuba membandingkan si dia dengan orang lain.

Kadi diri kamu

Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu. Jangan paksa diri kamu menyukai apa yang disukai oleh si dia suka hanya kerana kamu mahu mengambil hatinya. Contohnya, si dia menyukai permainan bola keranjang, kamu tidak perlu memakai kemeja T yang mempunyai gambar Michael Jordan semata-mata ingin menunjukkan kepada si dia bahawa kamu jua suka akan permainan bola keranjang.
Jangan cepat terpengaruh dengan kehendak pasangan mu. Mungkin si dia tidak bermaksud sedemikiantetapi di atas rasa hati kamu yang keras mahukan si dia bangga terhadap diri kamu. Bahaya!
Jika kamu berbuat demikian, ia bermakna kamu menipu diri sendiri dan tidak jujur di dalam perhubungan. Setiap perhubungan memerlukan kejujuran. Apa pendapat pasangan mu itu jika si dia mengetahui bahawa selama ini kamu hanya berpura-pura menyukai apa yang si dia suka. Tentu hati si dia tersinggung di atas sikap kamu yang tidak jujur dalam perhubungan. la bukan sahaja menyusah" kan kamu, malah kemungkinan kamu dan si dia tidak dapat menikmati erti percintaan yang sebenar.

Jangan cuba ubah si dia

Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah dan mengikut citarasanya? Begitu juga si dia, jangan sekali-kali kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama dengan kehendakmu. Biarkan dia dengan caranya dan kamu dengan caramu. Cuba bersikap jujur dalam perhubungan. Contohnya, jika pasangan mu itu suka mendengar muzik rap, tetapi kamu tidak suka akan muzik tersebut. Oleh itu, jangan kamu cuba melarang si dia mendengar muzik rap. lni kerana masing-masing ada hak
dan minatnya tersendiri. Mungkin si dia menyukai muzik rap sebelum si dia mengenali kamu. la sudah sebati dengan hidupnya, masakan kamu dapat mengubahnya.

Berpijak di bumi yang nyata

Janganlah mudah kamu terperanjat dan melatah apabila kamu dapati teman istimewa itu ada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan 'gila'. la bukan bermaksud si dia tidak berfikiran waras.
Ada kalanya manusia mudah terlupa. Kamu harus memahaminya. Contohnya, kamu mendapat tahu teman istimewa mu akan menyertai satu pertandingan badminton di hujung bulan dan kamu pun beriya-iya sanggup berjalan jauh semata-mata mahu memberi sokongan padanya. Tetapi hampanya, apabila kamu tiba ke Kuala Lumpur dan dapati pertandingan itu sudah dibatalkan. Rupa-rupanya si dia terlupa untuk memberitahu kamu. Namun demikian, kamu tidak perlu mengamuk hanya disebabkan perkara ini. Cubalah bersikap tenang dan memahami keadaan sebenar si dia menggapa dia boleh terlupa.

Luahkan pendapatmu

Masalah komunikasi adalah masalah besar yang sering melanda setiap perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan tidak akan ke mana. Jadi setiap pasangan itu haruslah bersikap terbuka dan jangan memendam perasaan iri hati dan dengki.
Contohnya, jika kamu tidak suka si dia melakukan perkara yang kamu tidak suka, cuba berbincang dengannya. Jangan pula kamu memendam rasa benci hanya kerana mementingkan diri sendiri.
Bagaimana pun, jangan sesekali kamu berkomunikasi secara negatif dengannya. Contohnya, jangan kamu gunakan perkataan-perkataan yang keterlaluan terhadap pasangan mu.

Lawak Jenaka

Ada lelaki tua dari kampung..pergi ke bandar dan lelaki tua itu ternampak oven yang sangat besar!!! ( lif )  Lelaki tua itu berkata " fuiyoo!!! Besar juga tempat masak kuih ni..." Tak lama lepas itu ada orang putih nak masuk lif tu...terus si lelaki tua kata "Alamak!! Don't go inside sir!! " Tapi sayangnya orang putih tu tak dengar..lif pun tertutup..susah hatila si lelaki tua tu....Lelaki tua tu berkata "Macam mana la ni..masak kot orang putih tu..." Tiba-tiba lif terbuka..orang negro yang keluar..apalagi..terkejut berukla lelaki tua tu...Lelaki tua tu berkata " Tu la tak dengar cakap..tengok hangus dah...." 


HAKHAKHAKHAK!!!

Sekali sekala nak perasan tak salahkan..hahaha!!!







































Saje je nak hiburkan hati yang sedih ni...

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...