Tuesday 20 September 2011

Andai Lelaki Tahu..


ANDAI LELAKI TAHU...apabila seseorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semesti punya segalanya..tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya..

ANDAI LELAKI TAHU...apabila seseorang perempuan mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah..tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

ANDAI LELAKI TAHU...apabila seseorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya tetapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah, semakin mereka bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku..

ANDAI LELAKI TAHU...apabila seseorang perempuan banyak bercakap..dia tidak bermaksud untuk membuat anda berasa rimas..sebaliknya dia ingin anda lebih mengenali dirinya...

ANDAI LELAKI TAHU...apabila perempuan ingin anda berubah, itu tidak bermaksud dia tidak boleh menerima anda seadanya..tetapi dia amhu anda menjadi lebih baik, bukan untuk dirinya..tetapi untuk masa depan anda...

ANDAI LELAKI TAHU...apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

ANDAI LELAKI TAHU...apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada..dia bukan mahu dipujuk..dia bukan mahu wang ringgit ataupun anda memberikan dia sedozen bunga..tetapi dia hanya mahu anda memberikan perhatian kepadanya yang akan membuatkan dia berasa dihargai..

ANDAI LELAKI TAHU...apabila perempuan mengatakan yang dia sangat rindukan kamu...itu bermakna dia teramat rindukan kamu..dan sekiranya kamu mejauh darinya, rindu itu akan makin bertambah...

ANDAI ELLAKI TAHU...apabila perempuan kata lelaki itu lebih baik dari kamu...jangan kamu percaya pada kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup jadi terbaik di matanya. Walaupun kamu sememangnya terbaik di hatinya..

ANDAI ELAKI TAHU...apabila perempuan degil, bukan dia bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu tahu sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya..

ANDAI LELAKI TAHU...apabila perempuan berkata "TINGGALKAN SAYA..!!! " Itu tidak bermakna dia menyuruh kamu pergi selamanya tetapi dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar..

STICKY NOTE : FIKIRKANLAH SEJENAK...:)

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...