Monday 31 October 2011

Grrrrr...Malunya..!!! Waaa mommy...!!!


Kalau la boleh undurkan masa..memang lama dah aku buat....mungkin bagi korang small matter but for me...it's really ergghhhh!!! Dalam pukul 12.45 camtu..lebih kurangnya..lepas je habis kelas, aku pergi library..nak pulangkan buku programming (macam rajin sangat je..:P) Then, member2 yang nak balik rumah sewa tumpangkan la aku sampai kedai makan...kedai makan tu depan kolej je..memangla tak jauh mana..tapi dorang tumpangkan sebab cuaca panas..(thanks korang, memang tak larat pun sebenarnya..tak sihat..) Nak dijadikan cerita..sepanjang jalan kedai makan tu..semua orang tunjuk2 kat aku..dari gaya mulut dorang cakap "tu.. tu..." sambil tangan tunjuk dekat pintu...dahla aku duduk tepi tingkap kereta..yang aku dengan sheha sibuk tengok pintu kereta rapat ke tak..asal dorang camtu..ALAHAIIIIIIIIIIIIII...rupa2nya..kain aku tersepit...MALUUUU..~!!! Dahla bungkus makanan lepas tu jalan kaki balik hostel kena lalu kedai2 makan tadi..tebalkan jela muka ni haaa...=.=''

STICKY NOTE : HMM...HATI NI KENAPA NAK MURUNG JE KAN..:(

♥Gila-gila WIth My Sweety Lia♥


Al-kisahnya begini..lecturer suruh buat kerja dalam group..so, buat tugasan yang diberi..dengan semangatnya cari la pasal deadlock in database..punya excited Lia bila jumpa maklumat dekat internet..*LIA SWEET OUHH KAMU EXCITED CAMTU* then.....dah siap cari maklumat..apa lagi...laptop pun dah depan mata...webcam sudah tersedia menanti wajah-wajah menghiasi webcam..ecece..aku pun apa lagi..ikut la Lia dengan perangai sweetnya...kitorang pun ber-webcam gitu..hehehe..

(JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH)
*for your information kitorang dah siap cari maklumat ok..baru berwebcam..bukan tak buat kerja...ada paham...*






STICKY NOTE : ACTUALLY KEPALA TENGAH PENING GILER TIME NI,,PANDAI TAK AKU COVER? HEEEE...

Saturday 29 October 2011

Tanda-tanda korang jatuh cinta♥♥


1. Anda mengetahui anda sangat merindui seseorang bahkan apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadar "Hai" daripada dia, sudah cukup membuatkan anda tenang.
STICKY NOTE : ANDA MUNGKIN MENARUH HATI PADANYA, CUMA ANDA TIDAK MENYEDARINYA ATAUPUN ANDA TIDAK MAHU MENERIMANYA SEBAGAI KENYATAAN.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh cinta kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
STICKY NOTE : SESEORANG YANG MEMBUATKAN ANDA JATUH HATI KEPADANYA SEBENARNYA MENYAYANGI ANDA LEBIH DARIPADA ANDA MENYAYANGI DIA.

3. Jika seseorang hadir dalam hidup anda dan ingin menjadi sebahagian daripada anda, tetapi atas sebab tertentu si dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Kenyataan sekurang-kurangnya dia pernah menyayangi dan membahagiakan anda.
STICKY NOTE : MASA AKAN MENENTUKAN SEGALANYA, JIKA DITAKDIRKAN DIA YANG AKAN BERSAMA ANDA, PASTI SI DIA AKAN KEMBALI.

4. Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia sudah berada di hadapan kamu kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya.
STICKY NOTE : HARGAI ORANG YANG MENYAYANGI KAMU, BUKAN MUDAH UNTUK MENCARI ORANG YANG MENYAYANGI KITA, YANG PALING BERHARGA ADALAH HATI YANG IKHLAS.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin peluang ini tiada lagi yang kedua.
STICKY NOTE : MASA TIDAK MENUNGGU. JIKA ANDA RASAKAN ANDA TELAH BERTEMU DENGAN ORANG YANG SESUAI, MAKA HARGAILAH DIA. JANGAN BIARKAN DIA BERLALU BEGITU SAHAJA. JANGAN BERTANGGUH KERANA TAKUT. CUBALAH DAHULU ATAU ANDA AKAN MENYESAL KERANA MEMBIARKAN IA BERLALU BEGITU SAHAJA.

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sungai. 1 titis air mata itu menyapa air mata yang 1 lagi. "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi kehilangannya. Kamu siapa pula?" Jawab titis air mata kedua " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu pergi begitu sahaja.."
STICKY NOTE : TIADA SESIAPA PUN YANG BERSIMPATI KEPADA ORANG YANG SENGAJA MEMBIARKAN PELUANG ITU BERLALU PERGI BEGITU SAHAJA TANPA BERUSAHA MENDAPATKANNYA ATAU MEMPERTAHANKANNYA. KITA SELALUNYA AKAN MENGHARGAI SESEORANG ITU APABILA KITA KEHILANGANNYA.

7. Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang menyerlah dan dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.
STICKY NOTE : BAHAGIAN 1 - ORANG YANG BERSAMA ANDA KETIKA INI MUNGKINLAH ORANG YANG BENAR2 ANDA SAYANG. BAHAGIAN 2 - TERDAPAT ORANG YANG TAHU DIA TIDAK DAPAT BERSAMA KAMU KETIKA INI TETAPI MASIH MENYAYANGI KAMU SEPENUH HATINYA..FIKIRKANLAH.

8. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada seseorang yang dapat menghargainya.
STICKY NOTE : JIKA ANDA BERTEMU SESEORANG YANG BENAR2 MENYAYANGI ANDA, MAKA DIA BERHAK MENDAPAT KASIH ANDA. 

9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain mengikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan bermain mengikut hati.
STICKY NOTE : KEPERCAYAAN TERHADAP PASANGAN ADALAH AMAT PENTING. UNTUK MEMPERCAYAI SESEORANG YANG ANDA AMAT SAYANG/CINTAI, ANDA MESTILAH MEMBUAT DIA MEMPERCAYAI ANDA DAHULU. YAKIN TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PASANGAN ANDA. JANGAN BUAT MEREKA RAGU-RAGU TERHADAP ANDA DAN BEGITU JUGA UNTUK ANDA.

10. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang. 
STICKY NOTE : JANGAN BERPUTUS ASA APABILA TERDAPAT SAINGAN DALAM PERCINTAAN. ADALAH LEBIH BAIK JIKA ANDA MENCUBANYA TERLEBIH DAHULU, KERANA JIKA ANDA BERJAYA, SEMEMANGNYA ITU AMAT TERMANIS. JIKA ANDA TIDAK MAHU MENCUBA, ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN ORANG YANG ANDA SAYANG SELAMANYA.

11. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari si dia yang menyayangi kita.
STICKY NOTE : BUKALAH PINTU HATI ANDA, BENARKAN ORANG YANG ANDA SAYANGI MASUK. JANGAN MERAGUI TUJUAN MEREKA KERANA KEIKHLASAN ITU DAPAT DIRASAI DALAM HATI.

Thursday 27 October 2011

Tanda-tanda Si Dia Jatuh Cinta♥♥



1.  Apabila seseorang itu mencintaimu, dia tidak dapat memberikan jawapan mengapa kamu yang dia cintai. Apa yang penting, kamu satu-satu dimatanya.
2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya. Di matanya kamu selalu tercantik/tertampan.
3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu aktiviti kamu sepanjang hari.
4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms "selamat pagi", "selamat  malam","selamat hari minggu" walaupun kamu tidak membalasnya.
5. Orang yang mencintai kamu akan selalu ingat setiap kenangan yang kamu luangkan bersama walaupun kamu sudah melupakannya.
6. Orang yang mencintai kamu akan cuba menyukai apa yang kamu suka dari lagu, makanan dan sebagainya.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu ingin meluangkan masa bersama kamu..
8. Si dia akan selalu membuatkan anda tertawa sama ada kamu sedang bersedih atau gembira.
9. Si dia akan sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk kamu. 
10. Orang yang mencintai kamu juga akan sentiasa mengambil berat pasal kamu dari perkara yang kecil hinggalah perkara yang besar baginya.

STICKY NOTE : ADA APA LAGI YANG NAK DITAMBAH? NO 11 DAN SETERUSNYA????


Melayan Kerenah Cathelina Staphenie....:D


Dari semalam Cathelina asyik tidur je...maklumlah dekat sini manjang hujan..kan sejuk..bukan main seronok dia tidur..your so cute dear~ ~ Semalam dahla sejuk..boleh-boleh pulak adik aku pasang air-cond....bagusla sangat...kan...huhu..apalagi kemain seronok Cathelina tidur atas kerusi...ibu pulak cakap "Aii cat..seronoknya dia tidur..ambik tempat nenek..abis nenek nak duduk mana ni..." hahaha..ibu ni lawak je..hari ni tidur je dia..masuk rumah mintak makan..dah bagi makan terkejar sana sini...aiiii tak jadi orang nak meminang...huhuu..dah penat main dia tidur pulak...tu je kerja Cathelina..(alahaii..macamla ada benda lain dia boleh wat kan...:P)

STICKY NOTE : I TRY TO PRETEND MY SMILE..TO HIDE MY SADNESS BECAUSE I DON'T WANT PEOPLE AROUND WORRY ABOUT ME...IS THAT FAKE??? :(

Wednesday 26 October 2011

Kasihku Cinta..


Sebutir bintang yang menyinari malam..
Sedetik kasih yang bertandang..
Memancarkan cahaya cinta yang bersemi..
Memayungi bumi dari kegersangan..
Sedampar kasih ini buatmu sayang..
Agar cinta bersatu..
Selaut kasih buatmu sayang..
Kuhadiahkan buatmu yang tercinta..
Bukti aku amat menyayangimu..
Cinta bukan dusta..
Cinta adalah anugerah yang tidak ternilai..
noda-noda cintaku hapuskan..
Menyemarakkan lagi api cinta yang hangat membara...
Tanda kasih telah bersatu..
Andai ini yang kau mahu..
Andai ini dapat membuatmu bahagia...
Ku rela mengorbankan jiwa ragaku buatmu...
Jangan kau taburkan racun yang berbisa..
Setelah hati ini dikau miliki...

Benda betul kan...


Haha..ramai orang kata aku ni jiwang karat..bila pulak la aku ni jiwang karat...lentok berbisa ada la..hehehe..and aku rasa happy sebab ramai kawan2 yang ambik berat pasal aku..thanks korang..:D Actually bukan aku nak cakap pasal jiwang or lentok berbisa ke apa..aku nak cakap pasal apa yang kita dapat miliki...bila kita tak dapat nak peroleh sesuatu tak bermakna kita digelar LOSER..salah tu kan..setiap yang ada kat dunia ni ada yang kita boleh dapat..and ada yang kita just boleh tengok tanpa dapat memiliki..korang mesti tau kan..:)

STICKY NOTE : SORRY...

Friday 21 October 2011

Nilai Sekeping Hati..


Hati ini sering dilukai...
Apakah hati ini tiada nilainya walaupun secebis cuma?
Tika keheningan malam mengintai kamar hati..
Akan terasa perit bagai ditusuk sembilu...
Luka yang lama berdarah kembali...
Acap kali dilukai hati ini..
Pasti akan hancur luluh hinggakan tiada serpihan hati yang bersisa...
Namun..
Jauh disudut hati kecil ini..
Jiwa ini merintih menanti insan yang benar dan tulus..
Insan yang dapat menghargai dan menyayangi diri ini..
Menerima diri ini dengan seadanya...
Aku akan terus menunggu..
Wahai penyeri hati..
Temanilah kesuraman hati...
Supaya dia akan terus berseri menanti insan sejati...

STICKY NOTE : WAHAI HATI....PASTI ADA INSAN YANG AKAN MENGHARGAIMU SUATU TIKA NANTI....



Wednesday 19 October 2011

Thanks To My Beloved Friend Aisyah Hanis Muhammad Uzir..♥♥



Hari ni rasa tak bermaya sangat...plus tak sihat lagi..dengan mood aku yang hilang entah ke mana..menyorok dekat celah mana pun aku tak tau...then, aku rasa happy balik bila one of my friend dekat FB..nama dia aisyah..aku dengan dia just kenal dalam facebook..tapi dah macam kawan rapat..she is so cute and kind..happy to know you eca...:D dia tukar DP Facebook dia..dari gambar lain..dia tukar gambar pose dengan kucing..eca cakap dia tukar special untuk aku..TERHARU....!!! kan sama macam DP aku..hehehe...yang bezanya dia lagi cute dari aku...comel kan dia.. :D aku akan okay balik bila cakap pasal kucing..time dekat rumah kalau tengah moody ke apa..my cathelina la yang buat aku happy balik.....by the way thanks eca...

STICKY NOTE : WAHAI SERPIHAN KESEDIHAN..TERBANGLAH DIKAU BERSAMA ANGIN MALAM....

Thursday 13 October 2011

Gelagat Cathelina Stephanie Yang Sentiasa Mencuit Hati..♥♥


Alahai anak mama ni..makin nakal ya dia..mama tak ajar nakal pun...hehe..teringat lagi time cathelina hilang..dekat 3 minggu lebih aku cari dia..siang malam menangis macam hilang anak..lastnya, hmmm...menakjubkan..!!!! :D time tu aku dalam kelas..dapat text dari ibu tersayang..ibu cakap cathelina dah balik..adik jumpa dekat rumah orang..orang tu kurung cathelina sebab dia kacau ayam orang tu...hahha!! Apa anak mama ni..kucing takut...ayam cathelina nak usik...and petang tadi MANGSA TERBARU..arnab kawan ayah aku pulak diserangnya..tengoklah gambar tu.. =.=''


Tengok tu..bukan main lagi dia mengusik CIK ARNAB...siap anak mama..biasa dia kacau arnab tu..mama kurung nanti..hehhe...




Amboi anak mama...aksi berani mati nampak..mama tak ajar pun........




Ni time dia kecik...comel...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

STICKY NOTE : HATI KIAN MENYEPI...


UNTUKMU..


Tiada lagi..


Tiada lagi senyuman yang dapatku ukirkan untukmu...
Tiada lagi gelak tawa yang dapatku beri padamu....
Tiada lagi tangisan syahdu yang dapat dikongsi bersama...
Tiada lagi kasih yang dapatku curahkan padamu...
Tiada lagi kenangan manis yang dapat kita bina bersama...
Tiada lagi.....
Tiada lagi....
Semuanya tiada lagi.....

STICKY NOTE : MAMPUKAH AKU MELUPAKANMU?

Wednesday 12 October 2011

Segalanya Pasti Akan Berakhir...


Terputus cinta memang menyedihkan..
Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa...
Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan dan tidak kesampaian..
Anggaplah kesedihan itu seperti hujan..
Walau lebat atau lama sekalipun..
Pasti akan reda jua.....

STICY NOTE : AKU LEPASKAN KAU PERGI DARI HATI NI....SEKALI AKU MELANGKAH..AKU TAKKAN TOLEH LAGI KE BELAKANG...SELAMAT TINGGAL...



Tuesday 11 October 2011

Siapa Aku Bagimu..


Segalanya telah berakhir..
Apakah ini hanya mimpi atau ia sekadar khayalan yang mencemburui detik manisku?
Namun seribu kali daku menyangkal..
Segalanya tetap benar di alam nyataku...
Detik manisku pantas sahaja berlalu pergi tanpa menoleh ke arahku..
Tanpa belas kasihan..
Semakin jauh engkau melangkah pergi dariku..
Siapakah aku bagimu?
Hanya tempat persinggahanmu?
Walaupun hanya sebentar cuma..
Akan aku abadikan di dalam hati ini..
Terima kasih atas segalanya..
Pahit manis bersamamu akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku..
Akan aku akhirinya di sini..
Wahai kesedihan yang melanda diri..
Pergilah dikau bersama angin lalu...
Selamat tinggal sayangku..

STICKY NOTE : AMAT PERIT UNTUK MENERIMA KENYATAAN INI..NAMUN, AKU PASRAH..


Al-Hijab...grrr + today..


Semalam tengok wayang dengan member dekat wangsa walk..cerita apa lagi kalau tak Al-Hijab..menjerit je aku dalam panggung tu..masalahnya suara aku sorang..malunyaaaaaaaaaa....hehehe..malam ni balik rumah...weee..rindu ibu and adik-adik especially my cathelina...urmm, hari ni bosan plus mood aku hilang tah ke mana pun aku tak tau..

STICKY NOTE : PEDIHNYA HATI NI..HANCUR HATI..KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI..

Sunday 9 October 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 5)


     "Macam mana nak selesaikan soalan ni eh? Adoii sakitnya perah otak ni..mana la pulak nota yang cikgu bagi tadi.."ngomel Zarina sendirian. Tangannya ligat memunggah segala buku yang ada di dalam beg sekolahnya. Sejak pulang dari sekolah tadi Zarina terus mandi dan menunaikan kewajipannya sebagai umat islam. Tanpa berehat, dia terus mengulangkaji.

     "Hmm..baik aku rehat dulu..sakit otak aku ni.." bisik hati Zarina. Dihempaskan tubuhnya di atas katil Queen yang empuk itu. Tiba-tiba nama Haikal meluncur laju di benak fikirannya. Apa la agaknya dia buat petang-petang ni kan....

     Sejak berkenalan dengan lelaki bernama Haikal, entah mengapa hatinya seolah-olah sudah terpaut dengan pemilik nama tersebut. Zarina sedar bahawa dia masih mentah untuk menilai apa ertinya cinta apatah lagi hendak menyukai seseorang. Tapi apalah dayanya untuk menghalang perasaan itu dari menembusi pintu hatinya. Bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mendekati Haikal. 

     Dengan perasaan yang menderu-deru menyuruhnya bertanyakan khabar lelaki berkenaan. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja Zarina menghantar khidmat pesanan ringkas. Tidak berbalas. "Hmm..busy sangat ke.."tutur hati Zarina sambil matanya tertancap ke arah jam dinding. Pukul 4.35 rupanya..baik aku mandi lepas tu solat. Tak nak balas sudahlah!!

STICKY NOTE : TANPA ENGKAU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU..

Thursday 6 October 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 4)


Sudah menjadi kebiasaan bagi Haikal dan Nizam bermain bola pada waktu petang. Setelah keletihan, masing-masing mencari tempat untuk berehat.

     "Wei Haikal..apa cerita kau dengan Zarina? " soal Nizam yang masih termengah-mengah.

     "Okey je..asal tiba-tiba tanya? Kau nak potong line aku ke?" ujar Haikal. Nizam tersengih-sengih.

     "Tak adala..aku cuma nak ingatkan je..kau dah ada awek bai...Iqa tu naik hantu baru kau tau..Zarina kau sapu..Iqa kau bedal.."geleng Nizam.

     "Pasal Iqa kau jangan risau..kau ingat dia kisah ke aku couple dengan awek lain? Dia tu pun pakwe keliling pinggang la.."balas Haikal tidak mahu kalah.

     "Memanglah..tu pun aku tau..dibuatnya Zarina tau macam mana? Kalau dia tu syok gila dekat kau macam mana? Terluka dia nanti..ada kau pikir perasaan dia?" Nizam memotong percakapan
Haikal. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Haikal yang tidak memikirkan perasaan orang lain.

     Lagu Helena nyanyian My Chemical Romance yang menjadi ringtone Haikal membingitkan suasana sekaligus menghentikan perbualannya dengan Nizam.

     Tertera nama Iqa di skrin telefon bimbitnya. Ditekan button busy.

     "Aik Encik Haikal..kenapa tak jawab panggilan tu...gangster dah call ke? "sindir Nizam.

    "Yela saper lagi kalau bukan dia..ahh malas aku nak melayan kerenah dia..nak ajar sikit minah ni..cari aku bila koleksi-koleksi pakwe dia tak layan dia..macam la aku tak tau.." ujar Haikal.

     " Ikut kau la..cuma aku tak nak sebab perkara ni pelajaran Zarina terganggu.."Nizam cuba mengingatkan Haikal.

STICKY NOTE : TANPA ENGAKU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...
     

       

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 3)


Seawal pukul 5.30 pagi, Zarina bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Tepat pukul 6.30 pagi Zarina sudah berangkat ke SMK Teluk Intan. Sudah menjadi kebiasaan bagi Zarina datang awal ke sekolah. 

     "Zarina...!! Wei hari ni kan duty kita kemas kelas..malas betul doh..dari tadi aku cari penyapu kat blok kita..tak ada pun..dorang ni makan penyapu ke apa?" teriak Sharmila sambil melihat jadual bertugas.

     "Ha'ah la..boleh pulak aku lupa..nasib baik datang awal..dapat kemas cepat sikit..cuba kau cari dekat blok form 6..mesti ada..cepat wei, kejap lagi perhimpunan.." ujar Zarina.

     Tanpa berlengah lagi, mereka melaksanakan tugas yang telah diberikan. Loceng berbunyi menandakan perhimpunan hendak bermula. Pantas sahaja kaki pelajar-pelajar SMK Teluk Intan melangkah ke tapak perhimpunan. Semua sedia maklum, sesiapa yang datang lambat ke tapak perhimpunan pasti akan mendapat habuan daripada cikgu disiplin.

     Lagu negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat. Setelah iu diikuti dengan lagu negeri Selangor dan lagu Sekolah. Semasa guru bertugas sedang memberikan ucapan, ada segelintir pelajar yang cuba membuat kekecohan.

     "Kumpulan dekat belakang yang tengah khusyuk sangat bergosip tu tak reti diam!! Tolong jaga disiplin!! Beratur ikut kelas kamu!! " tengking Cikgu Amran kepada sekumpulan pelajar lelaki itu. Terdiam. Suasana menjadi sunyi hinggakan guru bertugas turut terdiam. "hohohoh..cikgu takut dengan cikgu..dasyat giler..hikhik.."bisik hati nakal Zarina. Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Amran, guru disiplin yang sangat tegas di sekolah itu. Tetapi masih ada segelintir pelajar-pelajar yang masih berani mencabar kesabaran guru itu.

     Tamat sahaja perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki masuk ke kelas mengikut barisan. " Eee malasnya laaa hai..ada spot check kuku pulak daa...nasib baik dah potong kuku..." desis hati Zarina.  

     Pelajaran bermula seperti biasa. Subjek matematik adalah antara subjek yang amat diminati dan sentiasa diberikan penumpuan yang sepenuhnya. "Aku nak score A dalam matematik..aku mesti boleh..!! " hati Zarina berbisik. Pantas sahaja tangannya menulis nota yang diberi oleh Cikgu Rosmah.

     "Okay kelas..kamu siapkan nota yang saya dah bagi..dan buat soalan 3.1 sampai 3.8..cikgu nak ke pejabat ada urusan sikit..jangan buat bising pulak.." ujar Cikgu Rosmah kepada pelajar-pelajarnya.

     Baru sahaja Cikgu Rosmah melangkah keluar dari kelas, ada suara-suara sumbang yang mula kedengaran. "Ahh lantak koranglah..wekk.."ngomel hati Zarina.

     "Wei Rina, soalan ni kau dapat solution tak? Formula mana nak guna wei? Dari tadi aku try tak dapat je.." soal Sharmila dengan dahi yang berkerut-kerut. Dah macam ada masalah negara je kawan aku ni..mengalahkan Perdana Menteri lagaknya. 

     "Kot ya pun tak payah la sampai kerut dahi tu..cepat tua kang..haha..lawak je kau ni.." balas Zarina cuba menahan tawanya dari meletus. Begitu tekun mereka menyiapkan nota dan soalan yang diberikan sehingga mereka tidak sedar akan masa yang berlalu.

STICKY NOTE : TANPA ENGKAU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...

Sunday 2 October 2011

With My Cathelina Stephanie...weee..


Pheewww..dah sampai dekat hostel...sebelum balik tadi sempat snap picture with my lovely cat..love u sayang..hehe..aku rasa macam orang bodoh yang berlakon and berpura-pura happy go lucky..tapi hakikatnya aku rasa macam nak menjerit puas-puas..hmm..

STICKY NOTE : LOVE U SO MUCH....

My Cathelina Stephanie...♥♥♥


Makin lama makin nakal anak aku ni haa...bila aku tak ada dekat rumah bukan main nakal lagi dia...mama babap nanti...semalam aku dodoikan dia sampai dia tidur..aku cakap macam ni " anak mama makin nakal ya...mama pesan apa..kalau mama tak ada dekat rumah, dengar cakap nenek..keluar rumah bagitahu..ni tak..keluar pagi..balik petang..kadang-kadang balik malam...bergaul dengan kawan yang tak tentu hala..balik buat perangai..solat tinggal..apa nak jadi..eh mama tanya jawab..." dah adik aku kata "sian akak aku ni..sewel.." dengan bangganya dia gelak...ceiiittt....kena kau jap lagi..hehhe...malam tadi dia tidur sebelah aku...so cute..and satu tabiat cathelina yang aku perasan..if aku dah nak balik kolej...mesti dia ikut je mana aku pergi..macam tau je aku nak balik....love u cat..!!!


Entah tang mana  jadi mak dengan anak pun aku tak tahu...hahaha!! jauh beza..apa pun mama sayang cathelina...tak nak nakal bila mama tak ada tau!!!!!!!!

STICKY NOTE : I STILL THINKING ABOUT YOU....I'M SORRY....

Saturday 1 October 2011

Aku Sayang Kau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Betul orang kata kan..kadang-kadang apa yang kita rasa itu yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya ada lagi yang terbaik untuk kita..I MISS U..!! If u read this entry..i want u know that i love u so much...and i'm sorry because make u cry...i miss u my dear...just u...

STICKY NOTE : SAYA DOAKAN AWAK BAHAGIA..

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...