Thursday 6 October 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 4)


Sudah menjadi kebiasaan bagi Haikal dan Nizam bermain bola pada waktu petang. Setelah keletihan, masing-masing mencari tempat untuk berehat.

     "Wei Haikal..apa cerita kau dengan Zarina? " soal Nizam yang masih termengah-mengah.

     "Okey je..asal tiba-tiba tanya? Kau nak potong line aku ke?" ujar Haikal. Nizam tersengih-sengih.

     "Tak adala..aku cuma nak ingatkan je..kau dah ada awek bai...Iqa tu naik hantu baru kau tau..Zarina kau sapu..Iqa kau bedal.."geleng Nizam.

     "Pasal Iqa kau jangan risau..kau ingat dia kisah ke aku couple dengan awek lain? Dia tu pun pakwe keliling pinggang la.."balas Haikal tidak mahu kalah.

     "Memanglah..tu pun aku tau..dibuatnya Zarina tau macam mana? Kalau dia tu syok gila dekat kau macam mana? Terluka dia nanti..ada kau pikir perasaan dia?" Nizam memotong percakapan
Haikal. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Haikal yang tidak memikirkan perasaan orang lain.

     Lagu Helena nyanyian My Chemical Romance yang menjadi ringtone Haikal membingitkan suasana sekaligus menghentikan perbualannya dengan Nizam.

     Tertera nama Iqa di skrin telefon bimbitnya. Ditekan button busy.

     "Aik Encik Haikal..kenapa tak jawab panggilan tu...gangster dah call ke? "sindir Nizam.

    "Yela saper lagi kalau bukan dia..ahh malas aku nak melayan kerenah dia..nak ajar sikit minah ni..cari aku bila koleksi-koleksi pakwe dia tak layan dia..macam la aku tak tau.." ujar Haikal.

     " Ikut kau la..cuma aku tak nak sebab perkara ni pelajaran Zarina terganggu.."Nizam cuba mengingatkan Haikal.

STICKY NOTE : TANPA ENGAKU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...
     

       

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...