Saturday 29 October 2011

Tanda-tanda korang jatuh cinta♥♥


1. Anda mengetahui anda sangat merindui seseorang bahkan apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadar "Hai" daripada dia, sudah cukup membuatkan anda tenang.
STICKY NOTE : ANDA MUNGKIN MENARUH HATI PADANYA, CUMA ANDA TIDAK MENYEDARINYA ATAUPUN ANDA TIDAK MAHU MENERIMANYA SEBAGAI KENYATAAN.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh cinta kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
STICKY NOTE : SESEORANG YANG MEMBUATKAN ANDA JATUH HATI KEPADANYA SEBENARNYA MENYAYANGI ANDA LEBIH DARIPADA ANDA MENYAYANGI DIA.

3. Jika seseorang hadir dalam hidup anda dan ingin menjadi sebahagian daripada anda, tetapi atas sebab tertentu si dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Kenyataan sekurang-kurangnya dia pernah menyayangi dan membahagiakan anda.
STICKY NOTE : MASA AKAN MENENTUKAN SEGALANYA, JIKA DITAKDIRKAN DIA YANG AKAN BERSAMA ANDA, PASTI SI DIA AKAN KEMBALI.

4. Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia sudah berada di hadapan kamu kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya.
STICKY NOTE : HARGAI ORANG YANG MENYAYANGI KAMU, BUKAN MUDAH UNTUK MENCARI ORANG YANG MENYAYANGI KITA, YANG PALING BERHARGA ADALAH HATI YANG IKHLAS.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin peluang ini tiada lagi yang kedua.
STICKY NOTE : MASA TIDAK MENUNGGU. JIKA ANDA RASAKAN ANDA TELAH BERTEMU DENGAN ORANG YANG SESUAI, MAKA HARGAILAH DIA. JANGAN BIARKAN DIA BERLALU BEGITU SAHAJA. JANGAN BERTANGGUH KERANA TAKUT. CUBALAH DAHULU ATAU ANDA AKAN MENYESAL KERANA MEMBIARKAN IA BERLALU BEGITU SAHAJA.

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sungai. 1 titis air mata itu menyapa air mata yang 1 lagi. "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi kehilangannya. Kamu siapa pula?" Jawab titis air mata kedua " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu pergi begitu sahaja.."
STICKY NOTE : TIADA SESIAPA PUN YANG BERSIMPATI KEPADA ORANG YANG SENGAJA MEMBIARKAN PELUANG ITU BERLALU PERGI BEGITU SAHAJA TANPA BERUSAHA MENDAPATKANNYA ATAU MEMPERTAHANKANNYA. KITA SELALUNYA AKAN MENGHARGAI SESEORANG ITU APABILA KITA KEHILANGANNYA.

7. Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang menyerlah dan dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.
STICKY NOTE : BAHAGIAN 1 - ORANG YANG BERSAMA ANDA KETIKA INI MUNGKINLAH ORANG YANG BENAR2 ANDA SAYANG. BAHAGIAN 2 - TERDAPAT ORANG YANG TAHU DIA TIDAK DAPAT BERSAMA KAMU KETIKA INI TETAPI MASIH MENYAYANGI KAMU SEPENUH HATINYA..FIKIRKANLAH.

8. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada seseorang yang dapat menghargainya.
STICKY NOTE : JIKA ANDA BERTEMU SESEORANG YANG BENAR2 MENYAYANGI ANDA, MAKA DIA BERHAK MENDAPAT KASIH ANDA. 

9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain mengikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan bermain mengikut hati.
STICKY NOTE : KEPERCAYAAN TERHADAP PASANGAN ADALAH AMAT PENTING. UNTUK MEMPERCAYAI SESEORANG YANG ANDA AMAT SAYANG/CINTAI, ANDA MESTILAH MEMBUAT DIA MEMPERCAYAI ANDA DAHULU. YAKIN TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PASANGAN ANDA. JANGAN BUAT MEREKA RAGU-RAGU TERHADAP ANDA DAN BEGITU JUGA UNTUK ANDA.

10. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang. 
STICKY NOTE : JANGAN BERPUTUS ASA APABILA TERDAPAT SAINGAN DALAM PERCINTAAN. ADALAH LEBIH BAIK JIKA ANDA MENCUBANYA TERLEBIH DAHULU, KERANA JIKA ANDA BERJAYA, SEMEMANGNYA ITU AMAT TERMANIS. JIKA ANDA TIDAK MAHU MENCUBA, ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN ORANG YANG ANDA SAYANG SELAMANYA.

11. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari si dia yang menyayangi kita.
STICKY NOTE : BUKALAH PINTU HATI ANDA, BENARKAN ORANG YANG ANDA SAYANGI MASUK. JANGAN MERAGUI TUJUAN MEREKA KERANA KEIKHLASAN ITU DAPAT DIRASAI DALAM HATI.

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...