Hari yang
ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Setelah siap mandi Zarina membuka almari
pakaiannya. Dilihat satu persatu pakaian di situ. “Ishhh..apa aku nak pakai
ni…yang ni cantik sangat..yang ni simple sangat..ehhh apalah aku ni..macam nak
dating je….nak pergi library je pun….”.bebel Zarina sendirian.
Zarina segera mempersiapkan dirinya.
Tersenyum sambil melihat dirinya di depan cermin. Zarina hanya
menyarungkan jeans berwarna biru gelap dipadankan dengan blaus biru laut.
Selendang biru dipadankan senada dengan blaus yang digayakan. Wajahnya hanya
beralas bedak compact dan dicalit bibirnya yang mungil dengan lip gloss.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zarina mencapai beg sandangnya di
sisi katil.
Pantas kakinya menuruni anak tangga. “Mak..zarina
pergi library dulu…sebelum pukul 4 Zarina balik..”, beritahu Zarina
sambil mencium tangan maknya.
“Hati-hati ya…jangan lupa makan…”, ujar mak.
“Baik mak…”, jawab Zarina dengan senyuman.
Sebelum berangkat Zarina mencuim pipi Maya, adiknya yang berusia 4 tahun.
Kaki melangkah menuju ke perhentian bas. Kelihatan
beberapa orang yang sedang menunnggu di situ. Masing-masing mempunyai destinasi
yang berlainan. Jam menunjukkan pukul 9.25 pagi.
Gelisah. “Hmm mana la bas ni…dari tadi tak
nampak pun tayar bas..”, Zarina berkira-berkira di dalam
hati. Bas yang ditunggu akhirnya tiba.
Tempat duduk di tepi tingkap menjadi
pilihannya. Sama ada menaiki bas mahupun kereta tempat duduk di tepi tingkap
tidak dilepaskan. Seronok melihat pemandangan di luar.
Zarina sampai ke destinasi yang
dituju tepat jam 9.55 pagi. Kelibat Haikal masih tidak kunjung tiba.
Matanya melilau di setiap tempat. Masih tidak kelihatan. Zarina mengambil
keputusan untuk menunggu di dalam perpustakaan.
“Ramai jugak orang hari ni…hmmm ada pun
tempat…”, kata hati Zarina. Dikeluarkan buku latihan matematik. Sedang leka
mengulangkaji, tiba-tiba….
“Assalamualaikum…sory lambat…”, ucap
seseorang. Zarina terkedu. Matanya tertancap ke arah lelaki yang sedang
berdiri di hadapannya. Haikal hanya mengenakan t-shirt hitam dan jeans berwarna biru gelap. Simple. Penampilannya yang sederhana itu makin
menonjolkan ketampanannya.
“Hensemnya dia……….”, bisik nakal hati Zarina.
Salam yang diberikan masih belum berbalas. Terasa dirinya diperhatikan.
“Ehh..berapa lama aku tenung dia..Ya Allah malunya aku…salam pun aku tak jawab
lagi…”ngomel hati Zarina.
“Waalaikumussalam…err duduk la….”balas Zarina
cuba menutup malunya.
“Hehe..lamanya orang tu tenung kita
kan….hensem sangat ke saya…”ujar Haikal sambil membelek wajahnya. Haikal
tersenyum nakal. Makin menjadi-jadi usikan Haikal. Suka dia melihat Zarina dalam keadaan
tersipu-sipu malu seperti itu.
“Eeee tolonglah jangan nak over acting
ok…perasan!! “ ucap Zarina cuba menahan tawanya. Bimbang suaranya akan mengganggu
orang disekelilingnya.
1 jam berlalu dengan begitu pantas.
Masing-masing keletihan memerah otak tetapi mereka masih meneruskan sesi
mengulangkaji. Tumpuan mereka terhadap pengulangkajian terganggu apabila
seorang gadis ayu menegur Haikal.
“My lovely Haikal…tekunnya U study sampai
I datang pun U tak nampak…terkejut I datang?” ujar gadis ayu yang tak diundang
itu.
Haikal terkejut. “Apa hal dia buat kat sini..apa
aku nak cakap ni..”hati Haikal berkata-kata.
“U buat apa kat sini..nak datang tak bagitahu
pun…”, balas Haikal cuba menutup perasaan kalutnya.
Perasaan cemburu mengetuk pintu hati Zarina.
Entah mengapa perasaan yang tidak diundang itu menyapa hatinya.
“Aik…sejak bila pulak nak datang library I
kena inform U dulu? Library ni bukan milik U sorang…”gelak gadis di hadapannya
itu. Zarina
dapat merasakan sesuatu di antara Haikal dan gadis itu.
“Betul jugak..mm..hehee..kenalkan Iqa ni
Zarina…Zarina ni Iqa…”ujar Haikal. Iqa dan Zarina
bersalaman. Dari lirikan mata Iqa, Zarina dapat merasakan
bahawa gadis yang bernama Iqa itu tidak senang akan
kehadirannya.
Zarina mengambil keputusan untuk mengubah tempat
duduk. “Biar la Iqa yang duduk kat depan Haikal…mungkin dia lebih
selesa…”bicara hati Zarina.
Ketika sedang leka menyiapkan soalan matematik, Zarina
terpandang akan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Drama apa yang sedang berlaku
dihadapannya ini. “Macam drama dalam tv je aku tengok..siap
cubit-cubit…tendang-tendang kaki lagi..apa kes ni…Haikal kata dia belum ada
buah hati… tapi dari gayanya macam tak…”marah hati Zarina.
“Zarina nak cari buku rujukan kejap..susah
betul nak settle kan soalan ni..”beritahu Zarina sambil berlalu pergi. Iqa
tersenyum puas.
Zarina melangkah laju menuju ke barisan
rak-rak buku yang tersusun rapi di situ. Kemas. Tanpa diduga menitis air
matanya. Hatinya betul-betul terpukul akan drama yang berlaku tadi. Terduduk.
“Zarina..kesat air mata kau…jangan nak menangis hanya sebab lelaki macam
tu….”bisik hati Zarina. Tanpa berlengah lagi Zarina mencapai buku
rujukan dan kembali ke tempat duduknya.
“Eh Zarina..are U okay?”ujar Iqa
seolah-olah dapat membaca apa yang terbuku di hati Zarina. Hati Iqa puas
kerana agenda yang dirancang berhasil.
“I’m okay…kenapa Zarina nampak macam tak
okay ke?”balas Zarina dalam senyuman.
“Tak adalah..U nampak macam orang baru
lepas menangis je..ooppss!! Sory..just kidding…”kata Iqa cuba menyimbah minyak
ke atas api yang sedang membara.
Zarina meneruskan pengulangkajian
tanpa mempedulikan kata-kata Iqa. Haikal dapat merasakan
bahawa Zarina dapat menghidu hubungan mereka. Jam menunjukkan pukul 4
petang. Zarina meminta diri untuk pulang. Tidak sanggup untuk melihat drama
yang berpanjangan itu.
Sepanjang perjalanan pulang, Zarina
mengingat kembali drama tidak berbayar yang disaksikan tadi. “Iqa tu datang
setakat nak menggatal buat apa…bukan study pun…untunglah aku still boleh study
walaupun hati aku ni sakit..”bicara hati Zarina.
STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...
WRITTEN BY,