Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 3)



Seawal pukul 5.30 pagi, Zarina bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Tepat pukul 6.30 pagi Zarina sudah berangkat ke sekolah. ” Sekarang ni kena pergi sekolah lebih awal..kalau sempat nak study before perhimpunan..maklumlah PMR makin dekat…”,bisik hati Zarina.
     “Zarina..!! Wei hari ni kan duty kita kemas kelas..malas betul doh….dari tadi aku cari penyapu kat blok kita tak ada pun..dorang ni makan penyapu ke apa? “, teriak Sharmila sambil melihat jadual bertugas.
     “Ha’ah la…lupa pulak aku..nasib baik datang awal..dapat kemas cepat sikit..cuba kau cari dekat blok form 6..mesti ada…cepat wei..kejap lagi perhimpunan…”, beritahu Zarina.
     Tanpa berlengah mereka melaksanakan tugas yang telah diberikan. Loceng berbunyi menandakan perhimpunan hendak bermula. Pantas sahaja  kaki pelajar-pelajar SMK Teluk Intan melangkah ke tapak perhimpunan. Semua sedia maklum. Sesiapa lambat turun ke tapak perhimpunan ada la yang kena tahan dengan cikgu disiplin.
     Lagu negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat. Setelah itu diikuti dengan lagu negeri  Selangor dan lagu sekolah. Semasa guru bertugas sedang menyampaikan ucapan, ada segelintir pelajar yang cuba membuat kekecohan.
     “Kumpulan kat belakang yang khusyuk sangat bergosip tu tak reti diam!! Tolong jaga disiplin masing-masing..beratur ikut kelas kamu!! “, marah Cikgu Amran kepada sekumpulan pelajar lelaki itu. Semua mata tertumpu ke arah pelajar-pelajar berkenaan. Siapa yang tak kenal Cikgu Amran, guru disiplin yang sangat tegas di sekolah itu. Tetapi masih ada pelajar-pelajar yang masih berani mencabar kesabaran guru itu.
     Selesai sahaja perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki masuk ke kelas mengikut barisan. “Malasnya laa hai…ada spot check kuku pulak.. “.desis hati Zarina. Dah menjadi tugas bagi setiap pengawas untuk menjalankan tugas mereka.
     “Fuhhh..nasib baik aku lepas..dibuatnya semalam tak potong kuku alamatnya kena tahan ler…”,bisik hati Zarina.
     Pelajaran bermula seperti biasa. Subjek matematik yang menjadi subjek kesukaan Zarina sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya.  “ Aku nak score A dalam matematik..aku mesti boleh!! “, detik hati Zarina sambil tangannya menulis nota yang diberi oleh  Cikgu Rosmah.
     “Okay class…kamu siapkan nota yang cikgu bagi ni…cikgu nak ke pejabat kejap…jangan buat bising pulak..”beritahu Cikgu Rosmah kepada pelajar-pelajarnya.
     Baru sahaja Cikgu Rosmah melangkah keluar dari kelas, ada suara-suara sumbang yang mula kedengaran. “Dorang ni bising jela…percubaan PMR hari tu ramai yang tak score A..bukan nak sedar..”ngomel hati Zarina.
     “Wei rina soalan ni kau dapat tak solution? Dari tadi aku try tak dapatla…”soal Sharmila dengan muka yang berkerut.
     “Kot ya pun tak payahlah buat muka macam tu…lawak jela kau ni…”balas Zarina cuba menahan tawa. Begitu tekun mereka menyiapkan nota dan soalan yang diberikan. Walaupun ada segelintir pelajar yang malas meyiapkan kerja yang diberi, mereka tidak akan sekali-kali mengikuti jejak pelajar-pelajar berkenaan.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...