Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 6)



Selepas makan malam, Zarina menolong ibunya membasuh pinggan. Sesudah itu Zarina melabuhkan punggungnya di atas sofa. Rancangan di TV3 malam ni tidak boleh dilepaskan. Habis sahaja rancangan di TV3, Zarina mengalihkan siaran. Cerita My Girl di 8TV menjadi kegemarannya.
     Penumpuannya terhadap cerita kegemarannya itu terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Haikal. “Nak angkat ke tak ya..”, kata hati Zarina. Hmm angkat jela. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum..Zarina sihat? Sory la tak reply petang tadi..Haikal main bola dengan Nizam..handphone tinggal kat rumah..”, beritahu Haikal. Sengaja dia berkata begitu kerana bimbang jika membalas mesej Zarina, tak mustahil call dari Iqa dijawab secara tidak sengaja.
     Berdebar dada Zarina mendengar suara Haikal. Nak gugur rasanya jantung ni. “Waalaikumussalam…alhamdulillah sihat..tak pe…Haikal mesti sihat jugak kan...”, gelak Zarina cuba menyembunyikan getar di hatinya.
     “Haha!! Urmm..Zarina free tak Sabtu ni? Haikal ingat nak ajak study sama-sama kat library..”, ujar Haikal.
     “Sabtu ni Zarina tak ada apa-apa aktiviti pun…okey jugak if nak study..boleh cari buku rujukan…”, balas Zarina sambil tersenyum. Hatinya melompat keriangan.
     “Okey if camtu kita jumpa kat library pukul 10..let say if Haikal terlewat sikit Zarina masukla library dulu..deal?”, beritahu Haikal cuba memberikan cadangan.
     “Deal..ok set! Jumpa nanti..mm Zarina nak sambung tengok cerita korea ni…dah nak habis pun..hehe..assalamualaikum..selamat malam…”, balas Zarina. Talian diputuskan. Cerita korea kegemarannya itu sedikit pun tidak mencuit hatinya. Zarina tidak dapat menahan getar dihatinya lantas alasan untuk menonton cerita korea dijadikan senjata supaya talian cepat dimatikan. Otaknya ligat memikirkan aktiviti yang bakal tiba Sabtu ini.



STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..


WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...