Sunday, 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 7)


Sekejap duduk. Sekejap bangun. Mata tertumpu ke arah skrin telefon bimbit. Masih tiada respon dari Haikal. Hati Iqa panas. “Berani dia nak pergi library dengan pompuan lain!! siapla kau Haikal..”,jerit hati Iqa.
     “Kau tunggu kedatangan aku Haikal…kau ingat kau boleh lawan aku?”.kata Iqa sendirian sambil memikirkan telenovela yang bakal berlaku nanti. Tangan Iqa bermain-main di hujung katil. Tersenyum. Tak sabar hendak melihat reaksi perempuan yang berani mendekati Haikal.
     Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat. Tertera nama Fariz.
     “Hai sayang…sory I tak boleh teman U..I malas nak hang out hari ni..lagipun I tak berapa sihatla…”, bohong Iqa.
     “Jangan lupa makan ubat ya sayang..ok la U rehat..I tak nak ganggu..”, ujar Fariz.
     “Ok..sory again sayang…bye…”, kata Iqa sambil tersenyum. Talian dimatikan. Mudahnya lelaki mempercayai kata-kata palsunya.
     Bangun. Kakinya melangkah menuju ke almari pakaian untuk mempersiapkan dirinya. Agenda menarik yang bermain-main difikirannya tidak boleh dilepaskan.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

WRITTEN BY,



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Red Outer Glow Pointer