Wednesday 23 January 2013

23/1/2013


Assalamualaikum~  Selamat petang semua.. hallu hallu korang buat apa tu? Tak lama lagi rabu bakal melabuhkan tirai.. bersilih ganti bersama khamis yang bakal menjelang dalam beberapa jam je lagi.. cepat betul masa berlalu.. (thinking : nak update entry apa la ni.. =.=) ok stop melalut.. Start hari ni sampai Isnin cuti..wehuu~ jangan nak seronok sangat la kan... ok cepat2 siapkan assignment cepat2 boleh balik klang.. jeng jeng jenggg tak sabarnya~ 

Ok untungla my lil brother balik klang hari ni...ok sikit pun aku tak jealous..padahal.... (lari masuk bilik + tutup muka dengan bantal + meraung nak balik) Alaa..chill la macam la tak boleh balik..ok now sambung siapkan apa yang patut... go go caiyok!! Aja aja fighting!! 

STICKY NOTE : GONNA MISS MY LIL BROTHER.. :)

hug and kisses,

Sunday 20 January 2013

Kucing Bermata Biru..LOVE IT!!!


Assalamualaikum~ selamat berhujung minggu semua.. so, macam mana hari korang hari ni? Bosan? Happy? Tension? Mesti macam-macam ragam kan? urm~ mood tengah ok tak ok ni...tapi as usual la kalau aku tension, marah or sedih even tak ada mood sekalipun lepas je main kucing aku rasa lebih ok..mood pun dah tak seteruk sebelumnya...mungkin ada di antara korang yang macam aku...tapi hanya kepada penggemar kucing je selalunya...cehh ayat tak nak kalah je..hehehe

Comel kan kucing tuuu...!!!!!!!!!!! Putih dan bermata biru~ seriously damn cute...kucing ni ada dekat lorong rumah sebelah...aku tengok dia sibuk main sana sini..aku ambik la then bagi makan.. lepas bagi makan bukan main laju kucing ni masuk dalam rumah...so apalagi angkat dia letak luar..lepas tu masuk balik..aikkk~ dah macam rumah tuan dia pulak... bukan main selesa dia haaaa...geram je..nak bela tapi takut dah bertuan pulak kucing ni... then letak la kucing ni dekat luar...lama sangat dia main2 dalam rumah..tapi masuk balik.. macam mana ni??? =.=''

STICKY NOTE : ESOK ADA QUIZ JAVA...BEST OF LUCK~ PHEWW

hug and kisses,

Sunday 13 January 2013

13/1/2013 Smile!!

Assalamualaikum dan selamat petang!! Wohoooo petang ahad yang sangat mendung...cepatla hujan...nyenyak sikit nak tidur...


Comel betul kucing ni...lincah..ni kalau boleh nak melompat..haiyya....geram tau tak dengan awak semua ni sebab kannnnn...COMELLLL!!!!!!!!


Cuba teka ni buaya ke biawak? Haaa meet my boyfriend,Encik Biawak.. ok Encik Biawak yang budiman perkenalkan diri anda..asal dari mana dan macam mana boleh sampai sini.. hoooooo besarnya macam buaya..area rumah aku ni banyak betul biawak size macam ni..yang kucing pulak pantang nampak ekor biawak tu gerak...mula la nak buat aksi lincah tangkap ekor mamat biawak ni...bahaya betul la...(by the way, kawan ayah ni suka sangat tangkap biawak. Sampaikan ikatan dekat leher dia tukar dekat tangan. Katanya nak bela..nak bela apa benda. Biawak ni aku tengok dah tak bergerak sejak disiram air + kena jemur tengah panas. Alahaii nasib la kau encik biawak kena tangkap dengan kawan ayah aku.. tadi kawan ayah tanya ada daun sup ke tak? Apa? Nak buat sup biawak ke? Bluerkkk!! errghh kembang tekak...) Hahaha..K bye! :D

STICKY NOTE : MENIKMATI SAAT TERAKHIR BERHUJUNG MINGGU DI RUMAH SEBELUM BALIK RUMAH SEWA.
hug and kisses,

Tuesday 1 January 2013

Assalamualaikum 2013


Assalamualaikum dan salam tahun baru 2013.. :) Hari ni hari Selasa yang pertama dalam kalender 2013.. tahun baru korang macam mana? Rasa lebih baik dari semalam (2012) ataupun rasa macam sama je...just tahun berubah dari 2012 -> 2013? Hanya pada angka tapi tidak pada kehidupan harian? Urmmm~ entahla patutnya tahun baru semangat baru dan dah tentulah azam baru...tapi aku ni lemau semacam je kenapa ni...haihhh =.=" Ke sebab tak sihat semangat tak ada? Boleh2 pulak demam bila masuk tahun baru. Excited sangat ke? Rasanya tak ada apa yang aku nak teruja sangat pun.. #thinking... Cepat betul 2012 meninggalkan kita...banyak kenangan suka, duka, tawa dan tangis harungi bersama-sama tahun 2012...now, dah 2013..Tutup buku 2012, sekarang ni buka buku baru 2013...jadikan segala kesilapan 2012 sebagai petunjuk dan panduan untuk perbetulkan segala kesilapan and supaya tak ulang semula... dan pada tahun baru 2013 ni la nak capai hasrat dan impian yang tak tercapai pada 2012 kan?? Urmm~ ok la, need some rest...enjoy your day kawan2 semua...

STICKY NOTE : KORANG..... :( DOAKAN KITA CEPAT SEMBUH TAU? TAU TAU? :) SAYANG KORANG..
hug and kisses,

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...