Sedap sungguh makan
malam yang disediakan ibu. Ikan patin masak tempoyak bersama sambal udang.
Tidak ketinggalan ulam-ulaman bertemankan sambal belacan. Ayah sampai tambah
dua kali. Masakan ibu memang power. Zarina menonton siaran di televisyen
selepas membantu ibu mencuci pinggan mangkuk.
Adiknya, Maya yang berusia 4 tahun meminta
Zarina memberikan pensil dan kertas. Maya amat gemar menconteng dan melukis apa
yang disukainya. Tidak lama kemudian Maya memintanya membancuh air milo. Zarina
melayan kerenah Maya tanpa merungut. Sememangnya Maya sangat manja dengannya.
“Sakitnya badan aku…baring kat katil sedap
ni…”ngomel hati Zarina. Langkah diatur menuju ke kamarnya. Dihempaskan tubuh di
atas katil Queen. Telefon bimbit di sisi dicapai. Dua puluh miscall dari Haikal.
“Mak ai…banyaknya miscall…nak cakap apa
lagi…”bebel hati Zarina sekaligus mengimbas kembali drama terbitan Haikal
dan Iqa
yang disaksikan tadi. Jauh di sudut hatinya Zarina akui, dia masih
tertanya-tanya akan sandiwara yang berlaku di perpustakaan petang tadi.
Bertubi-tubi soalan menerjah fikirannya. Kusut. Apa sebenarnya hubungan Haikal
dengan Iqa? Kawan? Ingat aku bodoh sangat ke? Sekali lagi Zarina
menitiskan air matanya untuk lelaki bernama Haikal. Zarina
mengesat air matanya.
“Ahh..untuk apa aku menangis…wake up
girl!!”kata Zarina sendirian. Lagu Bila Cinta nyanyian Gio yang
menjadi ringtone-nya memecahkan keheningan malam. Tertera nama Haikal.
Ditekan button answer.
“Assalamualaikum…Haikal mengganggu Zarina
ya?”Haikal memulakan bicara.
“Waalakumussalam..tak la…”jawab Zarina
acuh tak acuh.
“Zarina okay tak ni…kenapa macam moody je?
Suara Zarina macam orang baru lepas menangis je…bagitahu kat Haikal sebab apa
jadi macam ni..”soal Haikal cuba memujuk Zarina.
Lama Zarina mendiamkan diri. Dia sendiri
tidak tahu jawapan apakah yang harus diberikan. Apabila diasak soalan sebegitu,
hatinya merintih seolah-olah jiwanya terbuai dek pujukan Haikal.
“Zarina….kenapa diam ni…jawabla…risaulah
Rina macam ni…”pujuk Haikal lagi. Hati perempuan. Begitu
mudah termakan pujuk rayu lelaki, lebih-lebih lagi apabila Haikal memanggilnya Rina.
Manja sungguh panggilan itu.
“Zarina! Jangan lembik macam ni…jangan
mudah percaya..”kata hati Zarina.
“Are U there?” soal Haikal untuk kesekian
kalinya.
“Nothing la Haikal…Zarina letih sikit
je..”beritahu Zarina. Dia tidak mahu membahas apa-apa tentang adegan petang
tadi.
“Jangan fikir bukan-bukan ya pasal petang
tadi…Haikal dengan Iqa memang rapat…kami dah berkawan dua tahun…Haikal tak nak
ada salah faham antara kita..”ujar Haikal.
“Haikal tak nak ada salah faham antara
kita? Apa maksud dia? Aku ni penting ke bagi dia sampaikan dia cakap macam tu?
Betul ke apa yang aku dengar tadi?” Zarina berkira-kira di dalam hati.
Bertubi-tubi soalan menerjah benak fikirannya.
Melihatkan Zarina yang masih berdiam
diri, Haikal bertekad untuk meluahkan segalanya.
“Rina…sebenarnya Haikal dah fall in love
dengan Zarina…Haikal dah lama nak bagitahu..tapi Haikal takut Zarina tak
terima..”ujar Haikal.
Betul ke apa aku dengar tadi. Zarina
menampar pipinya. Sakit. Aku tak mimpi. “Tapi kenapa cara Haikal dengan budak
pompuan tu tak macam kawan? Zarina tak bodohla..cubit-cubitla..siap tendang
kaki lagi…apa kawan rapat style macam tu ke cik Haikal? Terus terang je…”Zarina
memuntahkan apa yang terbuku di hatinya. Lega.
“Budak pompuan? Hahaha!! Ada bau cemburu
la…kan? Kan? Zarina cemburu kan? Cemburu tandanya sayang tau…..Zarina sayang
Haikal ya? Sejak bila ni…tak bagitahu pun..kantoiii….hahaha!! yahoo!! Haikal
tak bertepuk sebelah tangan la ni…”ujar Haikal kegirangan.
Zarina tersenyum. Hatinya penuh
dengan bunga yang kembang mekar mewangi. Malam itu bulan dan bintang menjadi
saksi berputiknya cinta mereka. Angin malam membawa khabar cinta mereka ke
seluruh pelusuk dunia.
STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...
WRITTEN BY,
No comments:
Post a Comment