MY WRITINGS


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 1)



Lagu Bila cinta nyanyian Gio yang menjadi ringtone-ku  membingitkan suasana yang sunyi. Lantas dicapai.
     “Eh..number siapa pulak ni? Sesat ke apa? Dahla miscall tengah-tengah malam..mengganggu orang jela..kacau mood aku betul la hamba Allah ni..huh!!! “bebel  Zarina sendirian. Dibiarkan sahaja handphone sony ericsson itu berbunyi. Sekali lagi lagu Bila Cinta memecahkan keheningan malam 24 Ogos.
     “Subhanallah…kenapala hamba Allah ni tak faham bahasa jugak..elok-elok mata ada kat muka..kejap lagi kat kaki jawabnya…tak ada kerja lain nak buat ke..eee geramnya..!!! “, ngomel  Zarina lagi. Dengan perasaan berbaur marah bercampur geram, Zarina menjawab panggilan misteri itu.
     Tanpa ucapan salam Zarina terus bersuara “ Kau siapa ha? Naik full handphone aku dengan miscall kau je..Dah tak ada kerja lain ek nak buat? Suka kacau privacy orang apahal? “, Zarina terus-terusan memuntahkan apa yang terbuku di hatinya tanpa memberikan si pemilik number berkenaan untuk bersuara. Dia sudah tidak peduli akan apa yang difikirkan oleh pemanggil berkenaan tentang dirinya. Lantaklah….janji hati aku puas.
     Tergagap-gagap pemilik suara itu bersuara. Lahhh!!! Lelaki rupa-rupanya…Haa…tau pun takut. Sebelum kacau aku tak fikir pulak. Siapa suruh cari pasal dengan singa betina ni...
     “Sa..saya..err..”,tergagap-gagap lelaki itu menjawab. Panasnya telinga aku. Dah nak berbulu dibuatnya. Dari tadi sa..saya..baru belajar bercakap ke apa.. Ke mamat ni memang gagap. Tiba-tiba telinga ini menangkap satu suara yang seringku dengar. Ligat otak ini cuba mengingatkan milik siapa suara itu. Mesti dia!! Tak salah lagi. Confirm punya!!
   “Wait…saya macam pernah dengar suara kawan awak tu..dia tu Nizam kan? Saya kenal suara dia…”, pantas sahaja Zarina memotong percakapan lelaki yang tidak diketahui nama itu. Terdiam. Hmm memang sah la tadi tu Nizam, Kalau tak kenapa diam. Suara yang tiba-tiba mencelah tadi mesti Nizam. Tapi…apa dia buat dengan mamat senget ni…kawan dia ke..ahh lantak koranglah.
     Dengan perasaan berbelah bahagi Zarina mematikan panggilan itu. Hmm..buat apa aku nak peningkan kepala dengan hal remeh-temeh macam ni..Lantas Zarina menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya. Entah pukul berapa terlelap pun aku tak sedar. Tanpa Zarina sedari, perkara yang dianggap remeh-temeh itu la yang memulakan episod percintaannya dengan lelaki berkenaan. 

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 2)



Sinaran matahari yang membolosi tingkap rumah dua tingkat itu membangkitkan Zarina dari tidurnya. Seperti terkena kejutan elektrik, Zarina melompat turun dari katil. Lantas jam loceng di atas meja dicapai. Jam tepat menunjukkan pukul 7.45 pagi.
     “Ya Allah…aku dah lambat nak pergi sekolah ni…asal la jam ni tak berbunyi!! Kang aku kena tahan dengan pengawas pulak…”, jerit Zarina. Sekejap ke almari, sekejap ke bilik air. Kalau mak melihatnya dalam keadaan begitu mesti mak geleng kepala. Dalam keadaan terkocoh-kocoh, tiba-tiba Zarina tersenyum sendirian. Tawa yang cuba ditahan akhirnya meletus juga apabila teringatkan sesuatu. Hari ni kan Sabtu. Mana ada sekolah. Kokurikulum pun tak ada. Buat cuak jela…hahahaha!!! Apa la aku ni.
     Dengan ketawa yang masih bersisa, tuala di tepi almari dicapai. Lantas kaki melangkah menuju ke bilik air. Zarina mandi sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Setelah selesai mandi dan berpakaian, Zarina menuju ke dapur untuk membantu ibu menyiapkan sarapan pagi.
     “Assalamualaikum mak…morning!!! Ehehehe…”, Zarina memulakan bicara.
     “Haaa..dah bangun pun anak dara mak…zarina buat air pape yang sedap…bihun goreng ni pun dah nak siap..”, ujar mak sambil mengacau bihun goreng. Setelah sarapan pagi dihidangkan, Zarina memanggil seisi rumah untuk bersarapan. Suasana pagi menjadi meriah apabila melihat telatah Maya, adiknya yang baru berusia 4 tahun. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.
     Setelah bersarapan, tanpa disuruh pantas sahaja tangan ini mencuci cawan dan pinggan. “Hari ni nak buat apa ya… “, detik hati Zarina. Siap sahaja menyapu rumah, Zarina segera mencuci pakaian. Pantas sahaja kerja-kerja rumah disiapkannya. Siap pun sidai baju semua!! Lega. Setelah berpuas hati dengan kerja rumah,  Zarina melangkah menuju ke biliknya.
     “Hmm…study bagus jugak…daripada aku buat benda tak berfaedah..”, kata Zarina sendirian. Baru sahaja kakinya melangkah ke biliknya yang kemas rapi, handphone sony ericsson menjerit meminta diangkat.
     “Macam tau-tau je aku baru masuk bilik..ni mesti mamat sengal tu…”, bisik hati Zarina. Lantas dicapai. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum…”, ucap pemilik number berkenaan.
     “Waalaikumussalam…”, jawab Zarina.
     “Maaflah pasal semalam tu ya? Nama saya Haikal…sebenarnya saya dapat number awak dari Nizam…awak jangan marah dia..bukan dia yang bagi..saya sendiri yang ambik dari handphone dia..saya cuma nak berkenalan dengan awak..and I’m really sorry about last night…”, panjang lebar jawapan yang diberikan oleh pemilik number yang menamakan dirinya Haikal itu.
     Ohh..nama dia Haikal. Patutlah nakal..hehehe..ada juga yang nak berkenalan dengan aku. Zarina malu sendirian.
     “Mmm..nama saya Zarina…boleh tolong tak? Lain kali jangan buat macam tu..kalau Haikal buat lagi Zarina tak maafkan…tak suka la orang miscall manjang camtu…and one more thing about last night…zarina tau yang mencelah tu suara nizam..so, zarina dapat agak mesti Haikal ambik number zarina dari dia..”, beritahu Zarina.
     Lama jugalah Haikal dan Zarina berbual sehingga mereka tidak sedar akan pantasnya waktu berputar. Bermula dari peristiwa itu, mereka menjadi akrab dan sering meluangkan masa bersama.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 3)


Seawal pukul 5.30 pagi, Zarina bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Tepat pukul 6.30 pagi Zarina sudah berangkat ke sekolah. ” Sekarang ni kena pergi sekolah lebih awal..kalau sempat nak study before perhimpunan..maklumlah PMR makin dekat…”,bisik hati Zarina.
     “Zarina..!! Wei hari ni kan duty kita kemas kelas..malas betul doh….dari tadi aku cari penyapu kat blok kita tak ada pun..dorang ni makan penyapu ke apa? “, teriak Sharmila sambil melihat jadual bertugas.
     “Ha’ah la…lupa pulak aku..nasib baik datang awal..dapat kemas cepat sikit..cuba kau cari dekat blok form 6..mesti ada…cepat wei..kejap lagi perhimpunan…”, beritahu Zarina.
     Tanpa berlengah mereka melaksanakan tugas yang telah diberikan. Loceng berbunyi menandakan perhimpunan hendak bermula. Pantas sahaja  kaki pelajar-pelajar SMK Teluk Intan melangkah ke tapak perhimpunan. Semua sedia maklum. Sesiapa lambat turun ke tapak perhimpunan ada la yang kena tahan dengan cikgu disiplin.
     Lagu negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat. Setelah itu diikuti dengan lagu negeri  Selangor dan lagu sekolah. Semasa guru bertugas sedang menyampaikan ucapan, ada segelintir pelajar yang cuba membuat kekecohan.
     “Kumpulan kat belakang yang khusyuk sangat bergosip tu tak reti diam!! Tolong jaga disiplin masing-masing..beratur ikut kelas kamu!! “, marah Cikgu Amran kepada sekumpulan pelajar lelaki itu. Semua mata tertumpu ke arah pelajar-pelajar berkenaan. Siapa yang tak kenal Cikgu Amran, guru disiplin yang sangat tegas di sekolah itu. Tetapi masih ada pelajar-pelajar yang masih berani mencabar kesabaran guru itu.
     Selesai sahaja perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki masuk ke kelas mengikut barisan. “Malasnya laa hai…ada spot check kuku pulak.. “.desis hati Zarina. Dah menjadi tugas bagi setiap pengawas untuk menjalankan tugas mereka.
     “Fuhhh..nasib baik aku lepas..dibuatnya semalam tak potong kuku alamatnya kena tahan ler…”,bisik hati Zarina.
     Pelajaran bermula seperti biasa. Subjek matematik yang menjadi subjek kesukaan Zarina sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya.  “ Aku nak score A dalam matematik..aku mesti boleh!! “, detik hati Zarina sambil tangannya menulis nota yang diberi oleh  Cikgu Rosmah.
     “Okay class…kamu siapkan nota yang cikgu bagi ni…cikgu nak ke pejabat kejap…jangan buat bising pulak..”beritahu Cikgu Rosmah kepada pelajar-pelajarnya.
     Baru sahaja Cikgu Rosmah melangkah keluar dari kelas, ada suara-suara sumbang yang mula kedengaran. “Dorang ni bising jela…percubaan PMR hari tu ramai yang tak score A..bukan nak sedar..”ngomel hati Zarina.
     “Wei rina soalan ni kau dapat tak solution? Dari tadi aku try tak dapatla…”soal Sharmila dengan muka yang berkerut.
     “Kot ya pun tak payahlah buat muka macam tu…lawak jela kau ni…”balas Zarina cuba menahan tawa. Begitu tekun mereka menyiapkan nota dan soalan yang diberikan. Walaupun ada segelintir pelajar yang malas meyiapkan kerja yang diberi, mereka tidak akan sekali-kali mengikuti jejak pelajar-pelajar berkenaan.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 4)


Sudah menjadi kebiasaan bagi  Haikal dan Nizam bermain bola pada waktu petang. Setelah keletihan, masing-masing mencari tempat untuk berehat.
     “Wei Haikal..macam mana kau dengan Zarina?”, soal Nizam sambil termengah-mengah.
     “Okey je..asal tiba-tiba tanya..nak potong line aku ke?”,ujar Haikal.
     Nizam tersengih-sengih. “Tak ada la..aku cuma nak ingatkan kau..kau dah ada awek bai…Iqa tu naik hantu baru kau tau..Zarina kau sapu..Iqa pun kau bedal…”,geleng Nizam.
     “Pasal Iqa kau jangan risau..kau ingat dia kisah ke aku couple dengan awek lain..dia tu pun pakwe keliling pinggang la..”, balas Haikal.   
     “Memanglah..tu pun aku tau..dibuatnya Zarina tu syok kat kau camne? Terluka dia nanti..ada kau pikir perasaan dia? “,Nizam memotong  percakapan Haikal. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Haikal yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain.
     Lagu Helena nyanyian My Chemical Romance yang menjadi ringtone Haikal membingitkan suasana sekaligus menghentikan perbualannya dengan Nizam. Tertera nama Iqa di skrin telefon bimbitnya. Ditekan button busy.
     “Aik cik haikal..kenapa tak dijawab panggilan tu..kingkong ke yang call kau tu..”,sindir Nizam.
     “Yela..saper lagi kalau bukan dia..malas la aku nak jawab..nak ajar sikit minah ni..cari aku bila koleksi pakwe-pakwe dia tu tak contact dia..macamla aku tak tau..ahh tak payahla citer pasal ni..kau dah prepare untuk SPM ke?”,kata Haikal sekaligus mengubah topik yang semakin panas itu.
     “Sikit kot..lepaklah dulu..haha! Tak adalah..aku gurau je..masih dalam proses la ni…masa depan siot..takkan nak buat main-main..yang kau ni tanya aku, kau dah prepare ke?”, tersengih-sengih Nizam mengenakan temannya itu.
     “Aku? Haha!! Samala macam kau..mesti prepare doh..kejap lagi tak study kena ceramah la jawabnya..”, ujar Haikal. Berderai tawa mereka tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 5)



“Macam mana nak selesaikan soalan ni eh? Adoii sakitnya perah otak…mana la pulak nota yang cikgu bagi tadi…”, ngomel Zarina sendirian. Sejak pulang dari sekolah tadi Zarina terus mandi dan sembahyang. Tanpa berehat, dia terus mengulangkaji.
     “Hmm..baik aku rehat dulu..sakit otak aku..”, bisik hati Zarina. Dihempaskan tubuhnya di atas katil Queen yang empuk itu. Tiba-tiba nama Haikal meluncur laju di benak fikirannya. Apa la agaknya dia buat petang-petang ni…
     Sejak berkenalan dengan lelaki bernama Haikal, entah mengapa hatinya seolah-olah sudah terpaut dengan pemilik nama tersebut. Zarina sedar bahawa dia masih mentah untuk menyukai seseorang apatah lagi hendak bercinta. Umurnya baru mencecah 15 tahun. Tapi apalah dayanya untuk menghalang perasaan itu. Bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mendekati Haikal.
     Dengan perasaan yang menderu-deru menyuruhnya bertanyakan khabar lelaki berkenaan, tanpa berfikir panjang pantas sahaja Zarina menghantar khidmat pesanan ringkas. Tidak berbalas. “Hmm..busy sangat ke..”, tutur hati Zarina sambil matanya tertancap ke arah jam dinding. Pukul 4.45 dah rupanya..Baik aku mandi lepas tu solat. Tak nak balas sudahla!

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 6)


Selepas makan malam, Zarina menolong ibunya membasuh pinggan. Sesudah itu Zarina melabuhkan punggungnya di atas sofa. Rancangan di TV3 malam ni tidak boleh dilepaskan. Habis sahaja rancangan di TV3, Zarina mengalihkan siaran. Cerita My Girl di 8TV menjadi kegemarannya.
     Penumpuannya terhadap cerita kegemarannya itu terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Haikal. “Nak angkat ke tak ya..”, kata hati Zarina. Hmm angkat jela. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum..Zarina sihat? Sory la tak reply petang tadi..Haikal main bola dengan Nizam..handphone tinggal kat rumah..”, beritahu Haikal. Sengaja dia berkata begitu kerana bimbang jika membalas mesej Zarina, tak mustahil call dari Iqa dijawab secara tidak sengaja.
     Berdebar dada Zarina mendengar suara Haikal. Nak gugur rasanya jantung ni. “Waalaikumussalam…alhamdulillah sihat..tak pe…Haikal mesti sihat jugak kan...”, gelak Zarina cuba menyembunyikan getar di hatinya.
     “Haha!! Urmm..Zarina free tak Sabtu ni? Haikal ingat nak ajak study sama-sama kat library..”, ujar Haikal.
     “Sabtu ni Zarina tak ada apa-apa aktiviti pun…okey jugak if nak study..boleh cari buku rujukan…”, balas Zarina sambil tersenyum. Hatinya melompat keriangan.
     “Okey if camtu kita jumpa kat library pukul 10..let say if Haikal terlewat sikit Zarina masukla library dulu..deal?”, beritahu Haikal cuba memberikan cadangan.
     “Deal..ok set! Jumpa nanti..mm Zarina nak sambung tengok cerita korea ni…dah nak habis pun..hehe..assalamualaikum..selamat malam…”, balas Zarina. Talian diputuskan. Cerita korea kegemarannya itu sedikit pun tidak mencuit hatinya. Zarina tidak dapat menahan getar dihatinya lantas alasan untuk menonton cerita korea dijadikan senjata supaya talian cepat dimatikan. Otaknya ligat memikirkan aktiviti yang bakal tiba Sabtu ini.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 7)


Sekejap duduk. Sekejap bangun. Mata tertumpu ke arah skrin telefon bimbit. Masih tiada respon dari Haikal. Hati Iqa panas. “Berani dia nak pergi library dengan pompuan lain!! siapla kau Haikal..”,jerit hati Iqa.
     “Kau tunggu kedatangan aku Haikal…kau ingat kau boleh lawan aku?”.kata Iqa sendirian sambil memikirkan telenovela yang bakal berlaku nanti. Tangan Iqa bermain-main di hujung katil. Tersenyum. Tak sabar hendak melihat reaksi perempuan yang berani mendekati Haikal.
     Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat. Tertera nama Fariz.
     “Hai sayang…sory I tak boleh teman U..I malas nak hang out hari ni..lagipun I tak berapa sihatla…”, bohong Iqa.
     “Jangan lupa makan ubat ya sayang..ok la U rehat..I tak nak ganggu..”, ujar Fariz.
     “Ok..sory again sayang…bye…”, kata Iqa sambil tersenyum. Talian dimatikan. Mudahnya lelaki mempercayai kata-kata palsunya.
     Bangun. Kakinya melangkah menuju ke almari pakaian untuk mempersiapkan dirinya. Agenda menarik yang bermain-main difikirannya tidak boleh dilepaskan.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 8)


Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Setelah siap mandi Zarina membuka almari pakaiannya. Dilihat satu persatu pakaian di situ. “Ishhh..apa aku nak pakai ni…yang ni cantik sangat..yang ni simple sangat..ehhh apalah aku ni..macam nak dating je….nak pergi library je pun….”.bebel Zarina sendirian.
     Zarina segera mempersiapkan dirinya. Tersenyum sambil melihat dirinya di depan cermin. Zarina hanya menyarungkan jeans berwarna biru gelap dipadankan dengan blaus biru laut. Selendang biru dipadankan senada dengan blaus yang digayakan. Wajahnya hanya beralas bedak compact dan dicalit bibirnya yang mungil dengan lip gloss. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zarina mencapai beg sandangnya di sisi katil.
     Pantas kakinya menuruni anak tangga. “Mak..zarina pergi library dulu…sebelum pukul 4 Zarina balik..”, beritahu Zarina sambil mencium tangan maknya.
     “Hati-hati ya…jangan lupa makan…”, ujar mak.
     “Baik mak…”, jawab Zarina dengan senyuman. Sebelum berangkat Zarina mencuim pipi Maya, adiknya yang berusia 4 tahun.
     Kaki melangkah menuju ke perhentian bas. Kelihatan beberapa orang yang sedang menunnggu di situ. Masing-masing mempunyai destinasi yang berlainan. Jam menunjukkan pukul 9.25 pagi.
     Gelisah. “Hmm mana la bas ni…dari tadi tak nampak pun tayar bas..”, Zarina berkira-berkira di dalam hati. Bas yang ditunggu akhirnya tiba.
     Tempat duduk di tepi tingkap menjadi pilihannya. Sama ada menaiki bas mahupun kereta tempat duduk di tepi tingkap tidak dilepaskan. Seronok melihat pemandangan di luar.
     Zarina sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 9.55 pagi. Kelibat Haikal masih tidak kunjung tiba. Matanya melilau di setiap tempat. Masih tidak kelihatan. Zarina mengambil keputusan untuk menunggu di dalam perpustakaan.
     “Ramai jugak orang hari ni…hmmm ada pun tempat…”, kata hati Zarina. Dikeluarkan buku latihan matematik. Sedang leka mengulangkaji, tiba-tiba….
     “Assalamualaikum…sory lambat…”, ucap seseorang. Zarina terkedu. Matanya tertancap ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Haikal hanya mengenakan t-shirt hitam dan jeans berwarna biru gelap. Simple. Penampilannya yang sederhana itu makin menonjolkan ketampanannya.
     “Hensemnya dia……….”, bisik nakal hati Zarina. Salam yang diberikan masih belum berbalas. Terasa dirinya diperhatikan. “Ehh..berapa lama aku tenung dia..Ya Allah malunya aku…salam pun aku tak jawab lagi…”ngomel hati Zarina.
     “Waalaikumussalam…err duduk la….”balas Zarina cuba menutup malunya.
     “Hehe..lamanya orang tu tenung kita kan….hensem sangat ke saya…”ujar Haikal sambil membelek wajahnya. Haikal tersenyum nakal. Makin menjadi-jadi usikan Haikal.  Suka dia melihat Zarina dalam keadaan tersipu-sipu malu seperti itu.
     “Eeee tolonglah jangan nak over acting ok…perasan!! “ ucap Zarina cuba menahan tawanya. Bimbang suaranya akan mengganggu orang disekelilingnya.
     1 jam berlalu dengan begitu pantas. Masing-masing keletihan memerah otak tetapi mereka masih meneruskan sesi mengulangkaji. Tumpuan mereka terhadap pengulangkajian terganggu apabila seorang gadis ayu menegur Haikal.
     “My lovely Haikal…tekunnya U study sampai I datang pun U tak nampak…terkejut I datang?” ujar gadis ayu yang tak diundang itu.
     Haikal terkejut. “Apa hal dia buat kat sini..apa aku nak cakap ni..”hati Haikal berkata-kata.
     “U buat apa kat sini..nak datang tak bagitahu pun…”, balas Haikal cuba menutup perasaan kalutnya.
     Perasaan cemburu mengetuk pintu hati Zarina. Entah mengapa perasaan yang tidak diundang itu menyapa hatinya.
     “Aik…sejak bila pulak nak datang library I kena inform U dulu? Library ni bukan milik U sorang…”gelak gadis di hadapannya itu. Zarina dapat merasakan sesuatu di antara Haikal dan gadis itu.
     “Betul jugak..mm..hehee..kenalkan Iqa ni Zarina…Zarina ni Iqa…”ujar HaikalIqa dan Zarina bersalaman. Dari lirikan mata IqaZarina dapat merasakan bahawa gadis yang bernama Iqa itu tidak senang akan kehadirannya.
     Zarina mengambil keputusan untuk mengubah tempat duduk. “Biar la Iqa yang duduk kat depan Haikal…mungkin dia lebih selesa…”bicara hati Zarina.
     Ketika sedang leka menyiapkan soalan matematik, Zarina terpandang akan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Drama apa yang sedang berlaku dihadapannya ini. “Macam drama dalam tv je aku tengok..siap cubit-cubit…tendang-tendang kaki lagi..apa kes ni…Haikal kata dia belum ada buah hati… tapi dari gayanya macam tak…”marah hati Zarina.    
     “Zarina nak cari buku rujukan kejap..susah betul nak settle kan soalan ni..”beritahu Zarina sambil berlalu pergi. Iqa tersenyum puas.
     Zarina melangkah laju menuju ke barisan rak-rak buku yang tersusun rapi di situ. Kemas. Tanpa diduga menitis air matanya. Hatinya betul-betul terpukul akan drama yang berlaku tadi. Terduduk. “Zarina..kesat air mata kau…jangan nak menangis hanya sebab lelaki macam tu….”bisik hati Zarina. Tanpa berlengah lagi Zarina mencapai buku rujukan dan kembali ke tempat duduknya.
     “Eh Zarina..are U okay?”ujar Iqa seolah-olah dapat membaca apa yang terbuku di hati Zarina. Hati Iqa puas kerana agenda yang dirancang berhasil.
     “I’m okay…kenapa Zarina nampak macam tak okay ke?”balas Zarina dalam senyuman.
     “Tak adalah..U nampak macam orang baru lepas menangis je..ooppss!! Sory..just kidding…”kata Iqa cuba menyimbah minyak ke atas api yang sedang membara.
     Zarina meneruskan pengulangkajian tanpa mempedulikan kata-kata IqaHaikal dapat merasakan bahawa Zarina dapat menghidu hubungan mereka. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Zarina meminta diri untuk pulang. Tidak sanggup untuk melihat drama yang berpanjangan itu.
     Sepanjang perjalanan pulang, Zarina mengingat kembali drama tidak berbayar yang disaksikan tadi. “Iqa tu datang setakat nak menggatal buat apa…bukan study pun…untunglah aku still boleh study walaupun hati aku ni sakit..”bicara hati Zarina.
    
 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 9)


Sedap sungguh makan malam yang disediakan ibu. Ikan patin masak tempoyak bersama sambal udang. Tidak ketinggalan ulam-ulaman bertemankan sambal belacan. Ayah sampai tambah dua kali. Masakan ibu memang power. Zarina menonton siaran di televisyen selepas membantu ibu mencuci pinggan mangkuk.
     Adiknya, Maya yang berusia 4 tahun meminta Zarina memberikan pensil dan kertas. Maya amat gemar menconteng dan melukis apa yang disukainya. Tidak lama kemudian Maya memintanya membancuh air milo. Zarina melayan kerenah Maya tanpa merungut. Sememangnya Maya sangat manja dengannya.
     “Sakitnya badan aku…baring kat katil sedap ni…”ngomel hati Zarina. Langkah diatur menuju ke kamarnya. Dihempaskan tubuh di atas katil Queen. Telefon bimbit di sisi dicapai. Dua puluh miscall dari Haikal.
     “Mak ai…banyaknya miscall…nak cakap apa lagi…”bebel hati Zarina sekaligus mengimbas kembali drama terbitan Haikal dan Iqa yang disaksikan tadi. Jauh di sudut hatinya Zarina akui, dia masih tertanya-tanya akan sandiwara yang berlaku di perpustakaan petang tadi. Bertubi-tubi soalan menerjah fikirannya. Kusut. Apa sebenarnya hubungan Haikal dengan Iqa? Kawan? Ingat aku bodoh sangat ke? Sekali lagi Zarina menitiskan air matanya untuk lelaki bernama HaikalZarina mengesat air matanya.
     “Ahh..untuk apa aku menangis…wake up girl!!”kata Zarina sendirian. Lagu Bila Cinta nyanyian Gio yang menjadi ringtone-nya memecahkan keheningan malam. Tertera nama Haikal. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum…Haikal mengganggu Zarina ya?”Haikal  memulakan bicara.
     “Waalakumussalam..tak la…”jawab Zarina acuh tak acuh.
     “Zarina okay tak ni…kenapa macam moody je? Suara Zarina macam orang baru lepas menangis je…bagitahu kat Haikal sebab apa jadi macam ni..”soal Haikal cuba memujuk Zarina.
     Lama Zarina mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu jawapan apakah yang harus diberikan. Apabila diasak soalan sebegitu, hatinya merintih seolah-olah jiwanya terbuai dek pujukan Haikal.
     “Zarina….kenapa diam ni…jawabla…risaulah Rina macam ni…”pujuk Haikal lagi. Hati perempuan. Begitu mudah termakan pujuk rayu lelaki, lebih-lebih lagi apabila Haikal memanggilnya Rina. Manja sungguh panggilan itu.
     “Zarina! Jangan lembik macam ni…jangan mudah percaya..”kata hati Zarina.
     “Are U there?” soal Haikal untuk kesekian kalinya.
     “Nothing la Haikal…Zarina letih sikit je..”beritahu Zarina. Dia tidak mahu membahas apa-apa tentang adegan petang tadi.
     “Jangan fikir bukan-bukan ya pasal petang tadi…Haikal dengan Iqa memang rapat…kami dah berkawan dua tahun…Haikal tak nak ada salah faham antara kita..”ujar Haikal.
     “Haikal tak nak ada salah faham antara kita? Apa maksud dia? Aku ni penting ke bagi dia sampaikan dia cakap macam tu? Betul ke apa yang aku dengar tadi?” Zarina berkira-kira di dalam hati. Bertubi-tubi soalan menerjah benak fikirannya.
     Melihatkan Zarina yang masih berdiam diri, Haikal bertekad untuk meluahkan segalanya.
     “Rina…sebenarnya Haikal dah fall in love dengan Zarina…Haikal dah lama nak bagitahu..tapi Haikal takut Zarina tak terima..”ujar Haikal.
     Betul ke apa aku dengar tadi. Zarina menampar pipinya. Sakit. Aku tak mimpi. “Tapi kenapa cara Haikal dengan budak pompuan tu tak macam kawan? Zarina tak bodohla..cubit-cubitla..siap tendang kaki lagi…apa kawan rapat style macam tu ke cik Haikal? Terus terang je…”Zarina memuntahkan apa yang terbuku di hatinya. Lega.
     “Budak pompuan? Hahaha!! Ada bau cemburu la…kan? Kan? Zarina cemburu kan? Cemburu tandanya sayang tau…..Zarina sayang Haikal ya? Sejak bila ni…tak bagitahu pun..kantoiii….hahaha!! yahoo!! Haikal tak bertepuk sebelah tangan la ni…”ujar Haikal kegirangan.
     Zarina tersenyum. Hatinya penuh dengan bunga yang kembang mekar mewangi. Malam itu bulan dan bintang menjadi saksi berputiknya cinta mereka. Angin malam membawa khabar cinta mereka ke seluruh pelusuk dunia.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 10)


Sampai sahaja di rumah, tanpa mempedulikan dirinya yang masih lengkap berpakaian sekolah Zarina menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen yang empuk miliknya.
        Handphone di sisi katil berbunyi. Tidak kelihatan nama yang tertera. Bermakna…..ehh kalau aku tak ada save nombor tu that means? Stranger? Siapalah yang call ni.. Ditekan button answer.
        Tanpa ucapan salam Zarina dimaki oleh pemilik nombor berkenaan, “Heii betina sundal…!! Kau ni dah desperate sangat ke nak pakwe sampai pakwe orang pun kau nak kebas!! Entah-entah laki orang pun kau nak kebas…pompuan apa kau ni…cermin la diri tu…ikutkan hati nak je aku lempang kau sekarang..! “, marah pemilik nobor berkenaan.
        “Eh kau siapa nak marah aku haa? Salah orang ni..”, balas Zarina.
        “Hello cik Zarina oiii…takkan la aku tak kenal betina yang dah rampas pakwe aku!! “ kata pemilik nombor berkenaan lagi.
        Ligat sahaja otak Zarina cuba mengenal pasti siapakah pemilik nombor yang tidak diundang itu. Jangtungnya seakan-akan berhenti berdegup.  Hanya satu nama sahaja yang bermain-main di fikirannya. Iqa. Tanpa diduga air matanya menitis. Cuba ditahan. “Ni Iqa ke?”, dalam sedu Zarina membalas.
        “Aku la Iqa…siapala lagi..kenapa? Terkejut? Ke Haikal tak bagitahu kau aku ni makwe dia? Hahaha! Sahla kau kena tipu hidup-hidup dengan Haikal…kau dengar sini pompuan…aku makwe dia…dan aku takkan benarkan kau ataupun siapa pun rampas dia dari aku..kau ingat tu!!! “, tengking Zarina. Talian dimatikan.
        Semakin deras air mata mengalir. Terasa amat perit sakit pilu di dada. Seperti hatinya ditoreh dengan pisau belati. Sakit! Kenapa mesti Haikal buat aku macam ni. Kenapa! Kenapa aku bodoh sangat!!!!

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 11)


     Sejak mendapat panggilan dari Iqa, Zarina langsung tidak menjamah makanan. Seleranya seakan-akan sudah mati bersama luka yang masih berdarah. Zarina termenung sendirian. Entah mengapa air matanya menitis tatkala teringat akan drama yang berlaku di perpustakaan tempoh hari. 

     Habis sahaja lagu unbreak my heart diulang semula beberapa kali. Hancur luluh hati. Terlalu mempercayai kata-kata manis lelaki yang akhirnya menjadi  racun dalam diri. "Kenapa semudah tu aku bagi cinta aku dekat jantan yang datang dalam hidup aku ha!! Kenapa aku bodoh sangat!! ", jerit hati Zarina. 

     Tidak lama kemudian, handphone Zarina menjerit-jerit menyuruh si empunya segera mengangkat. Dibiarkan. Sekali lagi handphone-nya berbunyi. Tertera nama Haikal. Hati Zarina meronta-ronta ingin menjawab panggilan tersebut tetapi seakan-akan ada bisikan halus yang menghalangnya berbuat demikian. "Jangan Zarina..dia dah perbodohkan kau...buat apa kau layan jantan yang dah mainkan perasaan kau...bukak mata kau seluas-luasnya..!! ".

     Namun Zarina sedikit pun tidak mempedulikan bisikan itu lantas dicapai. "Assalamualaikum Rina....................Rina buat apa tu??? Haikal rindu sangat dekat Rina...bila nak jumpa lagi? ", bicara Haikal tanpa ada rasa bersalah terhadap dirinya. Air matanya menitis untuk keberapa kalinya. Entah mengapa begitu murah air matanya untuk pemilik nama Haikal itu. 

     "Puteri Nur Zarina binti Kamil Hassan...kenapa diam je dari tadi ni....jangan buat Haikal risau boleh tak? ", ujar Haikal seakan tidak berpuas hati kerana tidak mendengar walau sepatah perkataan dari Zarina. Sedangkan hatinya benar-benar merindui Zarina.

     Talian dimatikan. Zarina tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya benar-benar hancur. Benar-benar terluka. "Apakah nilai diri aku ni dekat mata Haikal....", hati Zarina merintih. 


 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...



Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 12)



    Buat pertama kalinya Zarina berkurung di dalam bilik sedangkan dia tidak akan pernah lekat di rumahnya pabila Sabtu menjelma. Dipasang lagu pasrah yang pernah dipopularkan oleh Erra Fazira semasa popularnya filem Pasrah. Diulang berkali-kali. 

     Air matanya menitis untuk keberapa kali buat lelaki bernama Haikal. Terasa dirinya sedang diperbodohkan. Setiap kali dia cuba untuk bangkit, pasti dia akan tersungkur semula. "Inginku melangkah.....membawa diri...kerna cinta yang dikhianati....bukan tak sanggupku menghadapi pengorbanan yang tak dihargai...kini aku pasrah dengan segalanya...kepedihan masih terasa... ", setiap bait kata-kata lagu itu benar-benar menghiris hatinya. 

     Zarina sudah membuat keputusan untuk membuat perhitungan. Dia nekad hendak bertemu Haikal dan Iqa. Ya. Petang ini juga. Dia yakin dengan keputusannya untuk berbuat demikian. 

     Seperti yang telah diaturkan, tepat pukul 2.30 Zarina menanti Haikal dan Iqa di tempat kegemarannya. Jam menunjukkan pukul 2.40 petang. Masih tidak kelihatan kelibat Haikal dan Iqa. Zarina terus menunggu dengan penuh kesabaran sedangkan hatinya ketika itu teramatlah bergelora. Fikiranngya berceleru. Zarina ingin mendapatkan suatu kepastian. Dia inginkan jawapan pada setiap persoalan yang sering bermain difikirannya. 

   Akhirnya, Haikal dan Iqa berada dihadapannya. Sepadan. T-shirt yang dipakai oleh mereka seakan-akan telah menjawab segala persoalan yang bermain difikirannya. Zarina tertunduk pilu.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 13)




     Zarina menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menyusun kata-kata tetapi lidahnya seakan-akan kelu. Kekuatan yang dibina musnah tatkala melihat genggaman erat tangan Iqa buat Haikal. Air mata berlinangan. Zarina cuba mengumpulkan segala kekuatannya supaya tidak nampak lemah berhadapan dengan kenyataan yang bakal diketahuinya.
     "Maafkan saya kalau mengganggu masa korang...saya rasa korang pun tau apa tujuan saya ajak korang jumpa.." Zarina memulakan bicara lantas matanya menatap wajah Haikal lalu pandangannya beralih kepada Iqa.

     "Tujuan? haha..apa ya? Cakap terus terang je boleh?", balas Iqa. Iqa tersenyum sinis. Haikal diam seribu bahasa.

     "Iqa tau tak saya dengan Haikal dah couple..tapi saya masih keliru...apa sebenarnya status korang berdua? Kawan rapat? Bekas kekasih? Atau apa? Tolong jelaskan...", ucap Zarina. Suaranya mula meruntun sayu.

     "Hahahahaha..aku rasa kau ni dah kena tipu dengan Haikal...bila masa pulak aku dengan Haikal ni kawan...for your information we are still couple....start from both of you know each other until now...is that clear for you??? ", bidas Iqa.  

     "Betul ke apa Iqa cakap tu Haikal? Betul ke?? Tolong jawab...jangan diam macam ni...tolonggg...", ujar Zarina. Tanpa dipinta air mata membasahi pipi. Air mata yang cuba ditahan malah tidak mahu kelihatan di hadapan mereka akhirnya menitis juga. Zarina tewas.

     "Maafkan Haikal Zarina...ya, memang kami masih bersama...maafkan Haikal..tapi Haikal memang cintakan Zarina...maafkan Haikal...",jawab Haikal dengan rasa serba salah.

     "Ok..thanks...rasanya dah terjawab semuanya...sampai sini sahaja hubungan kita Haikal..saya takkan ganggu hubungan korang...terima kasih atas KEJUJURAN yang selama ni awak bagi pada saya Haikal...terima kasih...assalamualaikum..", ujar Zarina. Kedengaran pedih kata-kata Zarina. 

     Zarina bangun lalu meninggalkan mereka. Tidak perlu tunggu terlalu lama kerana semuanya seakan- akan membunuh jiwanya yang telah mati saat mendengar pengakuan yang selama ini cuba disangkalnya. Haikal cuba menahan Zarina tetapi pantas dihalang oleh Iqa.

      Sukar untuk digambarkan perasaannya ketika itu. Hancur sehancurnya. Terasa diri seolah dipermainkan tanpa belas kasihan. Apakah salah dirinya sehingga diperlakukan seperti itu? Sehina itukah dirinya? Tiada nilaikah dirinya di mata Haikal? Kenapa dirinya begitu bodoh sehingga mengabaikan kata hatinya yang selama ini benar belaka? 

     Tiada mendung mahupun guruh, tetapi hujan mula membasahi bumi. Seakan mengerti tangisan di hati. Zarina tidak mempedulikan keadaan dirinya yang basah lencun. Air matanya berguguran tanpa henti ditemani hujan yang semakin lebat menyembah bumi.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 14)



     Sampai sahaja di rumah, Zarina berlari anak menuju ke bilik. Di hempas pintu bilik sekuatnya. Zarina terduduk di birai katil. Air mata sekali lagi membasahi pipi. Hatinya benar-benar terluka dengan HADIAH pemberian Haikal buatnya. HADIAH terbesar yang tak mungkin lupus dari ingatannya.
     Cinta yang selama ini cuba dipertahankan akhirnya sampai ke titik noktah. Apakah aku mampu untuk bangkit dari kesakitan ni..? " kata Zarina. Begitu luluh rasanya hati ini. Pelbagai soalan bermain di fikiran.
    Zarina tekad ingin memadam nombor telefon milik Haikal. Ditekan button delete. Tanpa disuruh, Zarina melihat satu persatu gambarnya bersama Haikal yang dimuatkan dalam satu folder yang dinamakan King and Queen Of Love. Tanpa segan silu, air matanya menitis lagi. Zarina ingin memadamkan setiap memori yang pernah dicipta bersama Haikal. Zarina ketap bibir sambil matanya ditutup rapat. Jarinya menekan button delete buat sekian kalinya. Folder gambarnya bersama Haikal dibuang.
     Ikutkan kata hati ingin sahaja dia menghubungi Haikal untuk terakhir kalinya. Walaupun dia telah membuang nombor telefon milik jejaka yang telah mencuri hatinya, tetapi nombor itu tersimpan rapi di fikirannya.
     "Mampukah aku untuk  melupakan semua ni setelah aku berikan hati aku padanya... kenapa mesti hubungan kami berakhir begini... kenapa...." ,hati Zarina merintih. Dibiarkan dirinya yang basah lencun bersama air mata yang tanpa henti berguguran.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...
     
Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 15)



     "Iqa.. kalau macam ni la perangai U.. I rasa baik kita break jela..", tengking Haikal.
     "Apa?? Ulang balik apa u cakap tadi.. ehh u jangan berani buat macam tu! U belum kenal lagi siapa I..", Ugut Iqa.
     "Puas la hati U kan? Untuk pengetahuan U, Zarina tu jauh lebih baik dari U.. dia setia.. and paling penting dia jujur.. sangat jujur..", balas Haikal sambil merenung tajam ke anak mata Iqa.
     Iqa rasa begitu terpukul akan kata-kata Haikal. Dia tahu Haikal sedang menyindirnya. Kata-kata itu amat pedas dan tepat ke arahnya seakan-akan pemburu yang ingin memanah mangsanya. Zarina terdiam. Cuba memikirnya sesuatu untuk membela dirinya walaupun Iqa tau dirinya bersalah dalam hal ini..
     "Kenapa U diam? Buntu??? Tak tahu nak kata apa lagi untuk bela diri U tu? ", kata Haikal lagi.
     Kali ini Iqa bersuara ingin mempertahankan dirinya. "Apa?? Bela?? Eh bukan U ke yang tengah bela diri U sekarang ni? U nampak or sengaja buat tak nampak ha? U dengan I sama je kan? Entah-entah U tu jauh lebih teruk dari I.. U dah tau Zarina tu baik tapi U buat macam ni? U ingat U layak ke untuk dia? U ingat dia boleh terima U balik lepas dia tau U dengan I sebenarnya masih couple? Buka mata U luas-luas Haikal. U sendiri tunjukkan diri U tu bodoh depan I..", gelak Iqa. Kali ini dia berasa dirinya benar-benar puas. 
     Tanpa mempedulikan kata-kata Iqa yang tepat mengena ke arahnya, Haikal berlalu pergi meninggalkan Iqa sebelum kesabarannya hilang. Ringan sahaja tangannya ingin menjamah pipi gebu Iqa. Namun kesabaran yang makin menipis itu cuba dipertahankan. "Zarina...maafkan I..", hati Haikal merintih.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...


Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 16)


     Cuti sekolah telah bermula dan bersamaan itulah Zarina mengurungkan diri di kamarnya. Ibunya kelihatan risau akan perubahan ketara pada diri Zarina. Sudah 3 hari dia mengurungkan diri dan tidak bergaul mahupun menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga.
     "Zarina buka pintu ni.. kenapa dengan kamu ni? Tak keluar bilik. Makan tidak. Apa nak jadi dengan kamu.. kalau ada masalah beritahu mak.. ni tak.. kamu nak kurung diri dalam bilik tu sampai bila? Buka pintu ni..", pujuk mak sambil tangannya tanpa henti mengetuk pintu kamar milik Zarina. Sudah 3 hari dia memujuk anaknya itu tetapi tidak berhasil. Sabarnya terhadap anak yang manja seorang ini sudah menipis.
     Tidak bersahut. "Kalau kamu sayang mak....buka pintu ni... kamu tak sahut mak panggil ni berdosa tahu tak?", teriak mak lagi. Kali ini Zarina beralah. Dibuka pintu dengan lemah longlai.
     Kelihatan badan Zarina begitu susut dengan keadaan diri yang tidak terurus. "Subhanallah...kenapa dengan kamu ni.. macam mati laki je ni..", kata mak sambil merenung Zarina dari atas ke bawah.
     "Zarina tak berapa sihat.. maaf mak.. Zarina tak pernah rasa lemah macam ni..", balas Zarina. Tanpa sedar dia cuba menyembunyikan kekecewaan yang dialaminya. Air mata cuba ditahan.
     Mak seakan mempercayai kata-kata Zarina memandangkan wajahnya yang kelihatan pucat sekali dan badannya yang semakin susut. Sejak pertemuan bersama Haikal dan Iqa tempoh hari, dia mula merasakan nafasnya begitu panas dan badannya begitu lemah sekali dek penangan hujan.
     "Kamu mandi.. mak masakkan air panas.. lepas tu kamu pergi klinik.. cuti lagi seminggu je kan.. kalau tak sihat macam mana kamu nak belajar? ", ujar mak sambil dahinya berkerut.
     Zarina akur akan perintah mak lalu membersihkan dirinya. Selesai berpakaian, Zarina duduk di meja soleknya. Direnung wajah suram lalu wajahnya ditundukkan. Tidak sanggup untuk melihat anak matanya yang mula berkaca. Tidak larat rasanya untuk memapah diri sendiri ke klinik. Dalam kepayahan, Zarina melangkah menuju ke katil Queen empuk miliknya. Kepalanya terasa berat sekali. Semakin lama pandangan semakin kelam dan akhirnya Zarina terlelap. 

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...


WRITTEN BY,

2 comments:

  1. Alaaa ending macam tu je,sedihnya . Diorang da tak jmpa ke lps tu ?

    ReplyDelete
  2. Hehe..belum habis la zatie.. ni dah buat smbungan. :)

    ReplyDelete

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...