Wednesday, 4 May 2011

Kongsi pengalaman :D


Semua orang mesti tau appendix tu apa kan??? Aku nak kongsi pengalaman time aku berumur 6 tahun..aku pernah menghidap penyakit appendix..dah sampai stage paling kritikal sebab appendix tu dah pecah..and dah merebak dalam sel darah...tapi kuasa Allah S.W.T aku selamat..semua ni berkat doa orang sekeliling aku especially my mom..aku ingat lagi time nurse bawak aku masuk dalam bilik pembedahan..aku nangis manjang...ada sorang nurse tu kata "dik jangan nangis ya...adik sembuh nanti akak sambut birthday adik.." aku pun tak sedar bila aku terlelap..bila tersedar je aku dah siap dibedah...terasa sakit jahitannya..doktor tak bagi aku jalan lepas operation tapi aku nak gi tandas..tak mau buang dalam bekas..nak gi toilet gak...so nurse kata jalan slow2...aku bukan nak bangga or puji diri sendiri tapi time aku pijak kaki kat jubin hospital..Ya Allah..sakitnya tak terkira..aku cakap dalam hati "diana..kuat semangat!!! tahan sakit tu..!!! lawan!! ko boleh..jangan buat ibu risau!! " so aku jalan la tapi muka aku berkerut tahan sakit..ibu tanya "sakit ya..boleh tak ni.." aku jawabla "sakit sikit je..hehe.." hakikatnya sakit teramat..bukan nak bohong ibu tapi tak mau ibu susah hati...dina sayang ibu..!! Lepas aku keluar wad..aku datang balik kat hospital lepas tempoh yang doktor bagi..sebab nak wat check up..kat pintu hospital terserempak dengan nurse yang janji nak sambut birthday aku...nurse tu cuma tegur je..yang aku dok menunggu bila dia nak bagitau pasal nak celebrate birthday aku..kebetulan bulan berikutnya birthday aku..aku cakapla dalam ati "aii nurse ni lupa ke janji dia.." hahaha..bila teringat balik rasa kelakar pulak..boleh2 aku tuntut janji kat nurse tu..So, sekarang ni bila aku ditimpa pelbagai masalah..satu persatu masalah..kadang problem ni belum settle tapi timbul problem lain..kadang buat aku give up..and aku rasa malu sebab aku tak bangun bila aku terjatuh..and bila teringat kenapa time aku berumur 6 tahun tu aku mampu kuatkan semangat aku. Tapi sekarang tak boleh? Islam pun tak mau umatnya putus asa kan? So lepas bermuhasabah diri..aku kena kuat semangat..anggap dugaan yang datang sebagai ujian daripada Allah..terima kasih kerana sudi membaca...

Sekian....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Red Outer Glow Pointer