Thursday 24 March 2022

♥ INILAH DUNIA SEMENTARA ♥





Lumrah dunia yang bernama kehidupan,
Pasti akan terselit suka dan duka,
Dan pasti hidup ini penuh misteri,
Pelbagai soalan yang masih tiada jawapannya,
Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza,
Setiap manusia juga berbeza takdirnya,
Dan Allah takkan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan hambaNYA,
Usah meletakkan harapan pada manusia terlalu berlebihan,
Kerana diakhirnya manusia itu akan melukakan,
Kerana diakhirnya manusia itu juga menyakitkan,
Dan akhirnya kita lelah...
Dan akhirnya kita terluka,
Dan diakhirnya kita berputus harap,
Kerana terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada manusia,
Yang melebihi batas dek akal kita,
Di titik ini mulakan perubahan dengan bermuhasabah diri,
Letakkan Allah yang paling utama dalam segala hal,
Menangislah dalam sujudmu,
Merintihlah dalam doamu,
Kerana pasti di saat paling tepat,
Allah akan memakbulkan satu persatu doamu,


STICKY NOTE : ALLAH MAHA BAIK. ALLAH MAHA KASIH DAN PENYAYANG. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG. ALLAH MENGETAHUI SEGALA YANG TERSEMBUNYI DI LANGIT DAN DI BUMI. ❤



HUG & KISSES,
DEE
 


No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...