Saturday 14 May 2011

Simbah Asid : Mangsa ke-23


Salam semua, kita dikejutkan lagi dengan isu simbah asid yang semakin menjadi-jadi. Mangsa yang ke-23 merupakan anak pegawai polis. Mangsa diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga. Kuala Lumpur : "Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal,"kata mangsa ke-23 kes serangan simbah asid yang hanya mahu dikenali sebagai Emma. Insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju. Mangsa diserang sekitar pukul 8.30 pagi. "Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya pedih. Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid,"katanya. Kes simbah asid mensasarkan kepada wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu kota. Dinasihatkan kepada wanita di luar sana supaya lebih berwaspada, lebih-lebih lagi di perhentian bas, parking kereta, kawasan sunyi mahupun kepada pejalan kaki. 

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...