Thursday 6 October 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 3)


Seawal pukul 5.30 pagi, Zarina bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Tepat pukul 6.30 pagi Zarina sudah berangkat ke SMK Teluk Intan. Sudah menjadi kebiasaan bagi Zarina datang awal ke sekolah. 

     "Zarina...!! Wei hari ni kan duty kita kemas kelas..malas betul doh..dari tadi aku cari penyapu kat blok kita..tak ada pun..dorang ni makan penyapu ke apa?" teriak Sharmila sambil melihat jadual bertugas.

     "Ha'ah la..boleh pulak aku lupa..nasib baik datang awal..dapat kemas cepat sikit..cuba kau cari dekat blok form 6..mesti ada..cepat wei, kejap lagi perhimpunan.." ujar Zarina.

     Tanpa berlengah lagi, mereka melaksanakan tugas yang telah diberikan. Loceng berbunyi menandakan perhimpunan hendak bermula. Pantas sahaja kaki pelajar-pelajar SMK Teluk Intan melangkah ke tapak perhimpunan. Semua sedia maklum, sesiapa yang datang lambat ke tapak perhimpunan pasti akan mendapat habuan daripada cikgu disiplin.

     Lagu negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat. Setelah iu diikuti dengan lagu negeri Selangor dan lagu Sekolah. Semasa guru bertugas sedang memberikan ucapan, ada segelintir pelajar yang cuba membuat kekecohan.

     "Kumpulan dekat belakang yang tengah khusyuk sangat bergosip tu tak reti diam!! Tolong jaga disiplin!! Beratur ikut kelas kamu!! " tengking Cikgu Amran kepada sekumpulan pelajar lelaki itu. Terdiam. Suasana menjadi sunyi hinggakan guru bertugas turut terdiam. "hohohoh..cikgu takut dengan cikgu..dasyat giler..hikhik.."bisik hati nakal Zarina. Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Amran, guru disiplin yang sangat tegas di sekolah itu. Tetapi masih ada segelintir pelajar-pelajar yang masih berani mencabar kesabaran guru itu.

     Tamat sahaja perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki masuk ke kelas mengikut barisan. " Eee malasnya laaa hai..ada spot check kuku pulak daa...nasib baik dah potong kuku..." desis hati Zarina.  

     Pelajaran bermula seperti biasa. Subjek matematik adalah antara subjek yang amat diminati dan sentiasa diberikan penumpuan yang sepenuhnya. "Aku nak score A dalam matematik..aku mesti boleh..!! " hati Zarina berbisik. Pantas sahaja tangannya menulis nota yang diberi oleh Cikgu Rosmah.

     "Okay kelas..kamu siapkan nota yang saya dah bagi..dan buat soalan 3.1 sampai 3.8..cikgu nak ke pejabat ada urusan sikit..jangan buat bising pulak.." ujar Cikgu Rosmah kepada pelajar-pelajarnya.

     Baru sahaja Cikgu Rosmah melangkah keluar dari kelas, ada suara-suara sumbang yang mula kedengaran. "Ahh lantak koranglah..wekk.."ngomel hati Zarina.

     "Wei Rina, soalan ni kau dapat solution tak? Formula mana nak guna wei? Dari tadi aku try tak dapat je.." soal Sharmila dengan dahi yang berkerut-kerut. Dah macam ada masalah negara je kawan aku ni..mengalahkan Perdana Menteri lagaknya. 

     "Kot ya pun tak payah la sampai kerut dahi tu..cepat tua kang..haha..lawak je kau ni.." balas Zarina cuba menahan tawanya dari meletus. Begitu tekun mereka menyiapkan nota dan soalan yang diberikan sehingga mereka tidak sedar akan masa yang berlalu.

STICKY NOTE : TANPA ENGKAU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...