Sunday 9 October 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 5)


     "Macam mana nak selesaikan soalan ni eh? Adoii sakitnya perah otak ni..mana la pulak nota yang cikgu bagi tadi.."ngomel Zarina sendirian. Tangannya ligat memunggah segala buku yang ada di dalam beg sekolahnya. Sejak pulang dari sekolah tadi Zarina terus mandi dan menunaikan kewajipannya sebagai umat islam. Tanpa berehat, dia terus mengulangkaji.

     "Hmm..baik aku rehat dulu..sakit otak aku ni.." bisik hati Zarina. Dihempaskan tubuhnya di atas katil Queen yang empuk itu. Tiba-tiba nama Haikal meluncur laju di benak fikirannya. Apa la agaknya dia buat petang-petang ni kan....

     Sejak berkenalan dengan lelaki bernama Haikal, entah mengapa hatinya seolah-olah sudah terpaut dengan pemilik nama tersebut. Zarina sedar bahawa dia masih mentah untuk menilai apa ertinya cinta apatah lagi hendak menyukai seseorang. Tapi apalah dayanya untuk menghalang perasaan itu dari menembusi pintu hatinya. Bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mendekati Haikal. 

     Dengan perasaan yang menderu-deru menyuruhnya bertanyakan khabar lelaki berkenaan. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja Zarina menghantar khidmat pesanan ringkas. Tidak berbalas. "Hmm..busy sangat ke.."tutur hati Zarina sambil matanya tertancap ke arah jam dinding. Pukul 4.35 rupanya..baik aku mandi lepas tu solat. Tak nak balas sudahlah!!

STICKY NOTE : TANPA ENGKAU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU..

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...