Tuesday, 29 November 2011

Haaa...Ingat..!!


Urmm~ sekarang ni kan tak kiralah orang dah berkahwin or belum berkahwin mesti akan melalui detik2 ni...tapi segelintir je agaknya....contohnya...

SITUASI BAGI YANG BELUM  BERUMAH TANGGA

Lelaki : Dah kahwin nanti kita nak gabungkan duit gaji kita ke..or nak pakai duit I je?
Perempuan : (TERKEJUT)
Lelaki : Aikkk diam kenapa...nak gabungkan gaji ke..U nak kerja ke tak?
Perempuan : Malas nak fikir dulu...(dalam hati geram)
Lelaki : Fikirlah sekarang..rancang masa depan...
Perempuan : Diam (Kepala hotak dia rancang masa depan...pandai2 la bezakan tanggungjawab asal dekat siapa)
Lelaki : ............

SITUASI BAGI YANG SUDAH BERUMAH TANGGA

Lelaki : Sayang bayarkan bil elektrik, air and semua ok? Dapur pun sayang manage...sayang beli la barang2 dapur...abang nak settle-kan hutang2 kad kredit...cuma dalam sebulan ni je..
Perempuan : Baiklah bang...sebulan je tau..*suara manja*

LEPAS SEBULAN..

Perempuan : Abang kata sayang tanggung perbelanjaan rumah sebulan je...ni dah 4 bulan bang...sayang pun tak ada duit sangat ni...kenapa abang lepas tanggungjawab abang..sebulan dua saya sabar lagi bang...lama2 abang buat endah tak endah je...
Lelaki : Awak perempuan!!! Awak tau apa...!!

Kesimpulannya : Sebenarnya konsep tanggungjawab ni perlu difahami betul2...jangan terlepas pandang...memang aku belum berkahwin, tapi aku faham konsep tanggungjawab..and aku banyak perhatikan situasi2 ni...tak kisah kita nak membahagikan tugas..and tak salah perempuan membantu suami untuk meringankan beban suami..TETAPI!!!! Suami pun janganlah ambil kesempatan atas kelembutan hati isteri yang dah bertolak ansur...tanggungjawab yang sebenar menanggung keluarga terletak dekat suami ke isteri? Suami kan....Yang sepatutnya memberi NAFKAH tu suami kan.....so fikir-fikirkanlah ya....

STICKY NOTE : MEMANDANG MASA DEPAN.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Red Outer Glow Pointer