Saturday 26 November 2011

Pantun Cinta Dan Duka By Diana :)


Bintang-bintang berkelipan di langit,
Menjadi peneman sang bulan yang lara,
Dalam hati sudah terpalit,
Nama cinta hanya untuk si dia.

Satu dua tiga langkah diatur rapi,
Jatuh bangun tetapku teruskan,
Mengejar cinta yang makin bersemi,
Apakah dikau turut merasakan.

Angin berbisik syahdu ke telinga,
Debaran di dada tidak terhingga,
Wahai kasih yang bernama cinta,
Rindu dan cintaku hanyalah untuknya.

Hati merintih sayu nan lara,
Merintih untuk si pujangga cinta,
Kenapa aku dihina dan diluka,
Hanya kerna kau yang ku cinta.

Kanak-kanak berlari keriangan,
Tidak seperti hati yang terluka,
Setiap hari aku memikirkan,
Hinggakan aku kian terluka.

Semakin deras hujan menyembah bumi,
Seakan mengerti tangisan hati ini,
Aku hanya ingin disayangi,
Tetapi hati ini dikau sakiti.

Hati menangis hiba dan lara,
Hingga aku terluka kerananya,
Sehingga kini hati tertanya-tanya,
Menunggu jawapan dari si dia.

Mutiara dan kaca dua benda yang berbeza,
Cinta dan duka terikat antaranya,
Kalau salah memilih antara mutiara dan kaca,
Kelak diri binasa kerananya.

Hatiku makin resah dan gelisah,
Melihat dikau bersama si dia,
Aku akan tetap terus kuat dan tabah,
Walaupun hati merana kerana cinta.

STICKY NOTE : I LOSE YOU NOW...MY HEART AND SOUL IS GONE WITH YOU...

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...