Friday 27 May 2011

3 Kunci Yang Perlu Ada Pada Lelaki Sebelum Menjadi Suami

Di dalam hidup berumah tangga, lelaki menjadi tunggak utama sekaligus menjadi ketua keluarga..walaupun aku belum berkahwin, tapi ada ilmu yang ingin dikongsi bersama..aku dapat ilmu ni pun dalam rancangan Halaqah dan Tanyalah Ustaz..selain daripada keimanan nak tau apa tiga kunci yang perlu ada pada lelaki sebelum menjadi suami??

  1. Kunci Pejabat : Maksudnya bukanlah lelaki tu kena ada pejabat sendiri..tapi if ada pun Alhamdulillah..advance tu..hehe..maksudnya lelaki tu mesti la ada kerjaya..kalau kerja pun tak ada..macam mana nak cari duit? macam mana nak bagi isteri dengan anak-anak makan? nak kopak duit isteri? aiii...jangan buat macam tu..tu penganiyaan tu..
  2. Kunci Rumah : Bila dah kahwin kena la ada rumah sendiri..tu lebih baik..kalau dah kahwin masih nak duduk kat rumah orang tua..baik tak payah kahwin..tanggungjawab pada isteri jangan tak buat..kalau banyak sangat cekadak..jangan kahwin..jangan seksa si isteri tu..ada paham??
  3. Kunci Kereta : Haaa....ni sangat penting..bila dah berkahwin nanti takkan la tak ada transport langsung..macam mana nak uruskan hal yang penting? takkan nak harap pada kenderaan awam je kot..situasi 1 : kalau isteri mengandong, kalau teksi tak ada takkan nak naik bas kot..isteri tu dahla sakit sebab awak..awak buat macam tu pulak..situasi 2: kalau isteri or anak sakit..takkan nak naik bas kot..anak tu dah kritikal dah...cuba bayangkan waktu malam kejadian tu..tak haru jadinya? kalau nak pinjam kereta, dibuatnya orang tu pun ada hal mustahak..of coz la dia dahulukan diri dia dulu..


Tu jela yang aku nak kongsi..so fikirkanlah ya......

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...