Saturday 24 September 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 1)


Lagu Bila Cinta nyanyian Gio yang menjadi ringtone Zarina membingitkan suasana yang sunyi. Lantas dicapai.

     "Eh..nombor siapa pulak ni? Sesat ke apa? Dahla miscall tengah-tengah malam..mengganggu orang je..huh!! " bebel Zarina sendirian. Dibiarkan sahaja handphone sony ericsson itu berbunyi. 

     Zarina kembali kepada majalah remaja yang setia menunggunya. Tajuk menarik yang menghiasi majalah remaja semakin menarik perhatiannya. Diselak helaian majalah satu persatu. Sedang leka membaca majalah, sekali lagi lagu Bila Cinta memecahkan keheningan malam 13 April. 

     "Subhanallah...apa masalah hamba Allah ni..tak paham bahasa ke apa? Tangan tu tak reti dok diam!  Elok-elok tangan tu ada lima jari..kejap lagi tinggal 3 jari aku buat. hish!!" ngomel Zarina lagi. Dengan perasaan berbaur marah bercampur geram, Zarina menjawab panggilan misteri itu.

     Tanpa ucapan salam, Zarina terus bersuara " Kau ni siapa ha? Naik full handphone aku ni dengan miscall kau je..dah tak ada kerja lain nak buat ke! Aku tak suka ar orang kacau aku macam ni..kau paham tak apa aku cakap ni!! ". Zarina terus-terusan memuntahkan apa yang terbuku di hatinya tanpa memberikan si pemilik nombor berkenaan untuk bersuara. Dia sudah tidak peduli akan apa yang difikirkan oleh pemanggil berkenaan tentang dirinya. Lantaklah....janji hati kau puas!

   Tergagap-gagap si pemilik nombor itu bersuara. Lahh!! Lelaki rupa-rupanya. Haa..tau pun takut. Sebelum kacau aku tak pikir pulak kau ek..Siapa suruh cari pasal dengan singa betina ni..

     "Saya..sa..saya..er..saya sebenarnya.." tergagap-gagap lelaki itu menjawab. Panasnya telinga telinga aku ni. Dah nak berbulu dibuatnya. "Dari tadi sa..saya..baru belajar cakap ke apa mamat ni. Ke memang gagap..ish ish sian..."ngomel hati Zarina. Tiba-tiba telinga ini menangkap satu suara yang seringku dengar. Ligat otak ini cuba mengingatkan milik siapa suara itu. Mesti dia! Comfirm punyalah!

     "Wait..saya macam pernah dengar suara kawan awak tu..dia tu Nizam kan? Saya kenal suara dia.." pantas sahaja Zarina memotong percakapan lelaki itu. Terdiam. Hmm memang sahla. Takkan Nizam yang bagi nombor aku ni kat mamat ni. Tapi betul ke tu Nizam...Ahh lantaklah, malas nak serabutkan kepala ni haa..

     Dengan perasaan berbelah bahagi Zarina mematikan panggilan itu. Hmm..buat apalah aku nak peningkan kepala dengan hal remeh-temeh macam ni..masalah yang ada pun tak settle lagi. Lantas Zarina menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya. Hilang terus moodnya untuk membaca majalah remaja. Tanpa Zarina sedari, perkara yang dianggap remeh-temeh itu la yang memulakan episod percintaanya dengan lelaki berkenaan.
     
STICKY NOTE : TANPA ENGKAU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...