Saturday 24 September 2011

CINTA DAN DUSTA KASIHMU (PART 2)


Sinaran matahari yang membolosi tingkap rumah dua tingkat itu membangkitkan Zarina dari tidurnya. Seperti terkena kejutan elekrik, Zarina melompat turun dari katil. Lantas jam loceng di atas meja dicapai. Jam tepat menunjukkan pukul 7.10 pagi.

     "Ya Allah...aku dah terlambat nak pergi sekolah ni...asal la jam ni tak berbunyi!!!!!! Kang aku kena tahan dengan pengawas pulak.." jerit Zarina. Sekejap ke almari, sekejap ke meja. Kalau mak melihatnya dalam keadaan begitu mesti mak sudah geleng kepala berkali-kali.

     Dalam keadaan terkocoh-kocoh, Zarina tersenyum sendirian. Tawa yang cuba ditahan akhirnya meletus juga apabila teringatkan sesuatu. Hari ni kan Sabtu. Sekolah apa bendanya. Kokurikulum pun tak ada. Hishh buat cuak aku jela. hahaha!!
   
     Dengan tawa yang masih bersisa, tuala di tepi almari dicapai. Lantas kaki melangkah menuju ke bilik air. Zarina bernyanyi kecil. Setelah selesai mandi dan berpakaian, Zarina menuju ke dapur untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan pagi.

     "Morning mak..ehehhehhehe.."Zarina memulakan bicara. 
  
     "Haa..dah bangun pun anak dara mak ni..Zarina buat air biar mak siapkan bihun goreng ni.." ujar mak sambil mengacau bihun goreng. Setelah makanan dihidangkan, Zarina memanggil seisi rumah untuk bersarapan. Suasana pagi menjadi meriah apabila melihat telatah Maya, adiknya yang berusia 4 tahun. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.

     Setelah bersarapan, tanpa disuruh pantas sahaja tangannya mencuci cawan dan pinggan. " Hari ni nak buat apa ya.." detik hati Zarina. Siap menyapu rumah, Zarina segera mencuci pakaian. Pantas sahaja kerja-kerja rumah disiapkan. Setelah berpuas hati semuanya siap, Zarina melangkah menuju ke biliknya.
     
     "Hmm..study bagus jugak kan...daripada aku termenung.." kata Zarina sendirian. Baru sahaja kakinya melangkah ke meja belajar, handphone sony ericsson menjerit meminta diangkat.

     "Macam tau-tau je aku baru masuk bilik..ni mesti mamat senget malam semalam.." bisik hati Zarina. Lantas dicapai. Ditekan button answer.

     "Assalamualaikum.."ucap pemilik nombor itu.

     "Maaflah pasal semalam tu ya? Nama saya Haikal..sebenarnya saya dapat nombor awak dari Nizam..awak jangan marah dia..sebab saya sendiri yang nak..saya just nak kenal dengan awak. Tak salahkan? "jawab Haikal yang cuba menerangkan situasi sebenar.
  
     Ohh..nama dia Haikal. Patutlah nakal je. Ada jugak orang nak kenal dengan aku. hehe..Zarina malu sendirian.

     "Mmm..nama saya Zarina..boleh tolong tak? Saya tak suka awak buat macam semalam tu.lagi sekali Haikal buat, Zarina tak maafkan..actually about the last night,  Zarina dapat agak mesti  Nizam yang mencelah time kita on phone tu.." ujar Zarina. Lama jugalah Zarina dan Haikal berbual sehingga mereka tidak sedar akan waktu yang mencemburui mereka. 

STICKY NOTE : TANPA ENGAKU SEDARI..AKU SEMAKIN MENJAUH DARIMU...

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...