Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 1)




Lagu Bila cinta nyanyian Gio yang menjadi ringtone-ku  membingitkan suasana yang sunyi. Lantas dicapai.
     “Eh..number siapa pulak ni? Sesat ke apa? Dahla miscall tengah-tengah malam..mengganggu orang jela..kacau mood aku betul la hamba Allah ni..huh!!! “bebel  Zarina sendirian. Dibiarkan sahaja handphone sony ericsson itu berbunyi. Sekali lagi lagu Bila Cinta memecahkan keheningan malam 24 Ogos.
     “Subhanallah…kenapala hamba Allah ni tak faham bahasa jugak..elok-elok mata ada kat muka..kejap lagi kat kaki jawabnya…tak ada kerja lain nak buat ke..eee geramnya..!!! “, ngomel  Zarina lagi. Dengan perasaan berbaur marah bercampur geram, Zarina menjawab panggilan misteri itu.
     Tanpa ucapan salam Zarina terus bersuara “ Kau siapa ha? Naik full handphone aku dengan miscall kau je..Dah tak ada kerja lain ek nak buat? Suka kacau privacy orang apahal? “, Zarina terus-terusan memuntahkan apa yang terbuku di hatinya tanpa memberikan si pemilik number berkenaan untuk bersuara. Dia sudah tidak peduli akan apa yang difikirkan oleh pemanggil berkenaan tentang dirinya. Lantaklah….janji hati aku puas.
     Tergagap-gagap pemilik suara itu bersuara. Lahhh!!! Lelaki rupa-rupanya…Haa…tau pun takut. Sebelum kacau aku tak fikir pulak. Siapa suruh cari pasal dengan singa betina ni...
     “Sa..saya..err..”,tergagap-gagap lelaki itu menjawab. Panasnya telinga aku. Dah nak berbulu dibuatnya. Dari tadi sa..saya..baru belajar bercakap ke apa.. Ke mamat ni memang gagap. Tiba-tiba telinga ini menangkap satu suara yang seringku dengar. Ligat otak ini cuba mengingatkan milik siapa suara itu. Mesti dia!! Tak salah lagi. Confirm punya!!
   “Wait…saya macam pernah dengar suara kawan awak tu..dia tu Nizam kan? Saya kenal suara dia…”, pantas sahaja Zarina memotong percakapan lelaki yang tidak diketahui nama itu. Terdiam. Hmm memang sah la tadi tu Nizam, Kalau tak kenapa diam. Suara yang tiba-tiba mencelah tadi mesti Nizam. Tapi…apa dia buat dengan mamat senget ni…kawan dia ke..ahh lantak koranglah.
     Dengan perasaan berbelah bahagi Zarina mematikan panggilan itu. Hmm..buat apa aku nak peningkan kepala dengan hal remeh-temeh macam ni..Lantas Zarina menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya. Entah pukul berapa terlelap pun aku tak sedar. Tanpa Zarina sedari, perkara yang dianggap remeh-temeh itu la yang memulakan episod percintaannya dengan lelaki berkenaan. 

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...