Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 2)



Sinaran matahari yang membolosi tingkap rumah dua tingkat itu membangkitkan Zarina dari tidurnya. Seperti terkena kejutan elektrik, Zarina melompat turun dari katil. Lantas jam loceng di atas meja dicapai. Jam tepat menunjukkan pukul 7.45 pagi.
     “Ya Allah…aku dah lambat nak pergi sekolah ni…asal la jam ni tak berbunyi!! Kang aku kena tahan dengan pengawas pulak…”, jerit Zarina. Sekejap ke almari, sekejap ke bilik air. Kalau mak melihatnya dalam keadaan begitu mesti mak geleng kepala. Dalam keadaan terkocoh-kocoh, tiba-tiba Zarina tersenyum sendirian. Tawa yang cuba ditahan akhirnya meletus juga apabila teringatkan sesuatu. Hari ni kan Sabtu. Mana ada sekolah. Kokurikulum pun tak ada. Buat cuak jela…hahahaha!!! Apa la aku ni.
     Dengan ketawa yang masih bersisa, tuala di tepi almari dicapai. Lantas kaki melangkah menuju ke bilik air. Zarina mandi sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Setelah selesai mandi dan berpakaian, Zarina menuju ke dapur untuk membantu ibu menyiapkan sarapan pagi.
     “Assalamualaikum mak…morning!!! Ehehehe…”, Zarina memulakan bicara.
     “Haaa..dah bangun pun anak dara mak…zarina buat air pape yang sedap…bihun goreng ni pun dah nak siap..”, ujar mak sambil mengacau bihun goreng. Setelah sarapan pagi dihidangkan, Zarina memanggil seisi rumah untuk bersarapan. Suasana pagi menjadi meriah apabila melihat telatah Maya, adiknya yang baru berusia 4 tahun. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.
     Setelah bersarapan, tanpa disuruh pantas sahaja tangan ini mencuci cawan dan pinggan. “Hari ni nak buat apa ya… “, detik hati Zarina. Siap sahaja menyapu rumah, Zarina segera mencuci pakaian. Pantas sahaja kerja-kerja rumah disiapkannya. Siap pun sidai baju semua!! Lega. Setelah berpuas hati dengan kerja rumah,  Zarina melangkah menuju ke biliknya.
     “Hmm…study bagus jugak…daripada aku buat benda tak berfaedah..”, kata Zarina sendirian. Baru sahaja kakinya melangkah ke biliknya yang kemas rapi, handphone sony ericsson menjerit meminta diangkat.
     “Macam tau-tau je aku baru masuk bilik..ni mesti mamat sengal tu…”, bisik hati Zarina. Lantas dicapai. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum…”, ucap pemilik number berkenaan.
     “Waalaikumussalam…”, jawab Zarina.
     “Maaflah pasal semalam tu ya? Nama saya Haikal…sebenarnya saya dapat number awak dari Nizam…awak jangan marah dia..bukan dia yang bagi..saya sendiri yang ambik dari handphone dia..saya cuma nak berkenalan dengan awak..and I’m really sorry about last night…”, panjang lebar jawapan yang diberikan oleh pemilik number yang menamakan dirinya Haikal itu.
     Ohh..nama dia Haikal. Patutlah nakal..hehehe..ada juga yang nak berkenalan dengan aku. Zarina malu sendirian.
     “Mmm..nama saya Zarina…boleh tolong tak? Lain kali jangan buat macam tu..kalau Haikal buat lagi Zarina tak maafkan…tak suka la orang miscall manjang camtu…and one more thing about last night…zarina tau yang mencelah tu suara nizam..so, zarina dapat agak mesti Haikal ambik number zarina dari dia..”, beritahu Zarina.
     Lama jugalah Haikal dan Zarina berbual sehingga mereka tidak sedar akan pantasnya waktu berputar. Bermula dari peristiwa itu, mereka menjadi akrab dan sering meluangkan masa bersama.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...