Sunday, 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 4)


Sudah menjadi kebiasaan bagi  Haikal dan Nizam bermain bola pada waktu petang. Setelah keletihan, masing-masing mencari tempat untuk berehat.
     “Wei Haikal..macam mana kau dengan Zarina?”, soal Nizam sambil termengah-mengah.
     “Okey je..asal tiba-tiba tanya..nak potong line aku ke?”,ujar Haikal.
     Nizam tersengih-sengih. “Tak ada la..aku cuma nak ingatkan kau..kau dah ada awek bai…Iqa tu naik hantu baru kau tau..Zarina kau sapu..Iqa pun kau bedal…”,geleng Nizam.
     “Pasal Iqa kau jangan risau..kau ingat dia kisah ke aku couple dengan awek lain..dia tu pun pakwe keliling pinggang la..”, balas Haikal.   
     “Memanglah..tu pun aku tau..dibuatnya Zarina tu syok kat kau camne? Terluka dia nanti..ada kau pikir perasaan dia? “,Nizam memotong  percakapan Haikal. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Haikal yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain.
     Lagu Helena nyanyian My Chemical Romance yang menjadi ringtone Haikal membingitkan suasana sekaligus menghentikan perbualannya dengan Nizam. Tertera nama Iqa di skrin telefon bimbitnya. Ditekan button busy.
     “Aik cik haikal..kenapa tak dijawab panggilan tu..kingkong ke yang call kau tu..”,sindir Nizam.
     “Yela..saper lagi kalau bukan dia..malas la aku nak jawab..nak ajar sikit minah ni..cari aku bila koleksi pakwe-pakwe dia tu tak contact dia..macamla aku tak tau..ahh tak payahla citer pasal ni..kau dah prepare untuk SPM ke?”,kata Haikal sekaligus mengubah topik yang semakin panas itu.
     “Sikit kot..lepaklah dulu..haha! Tak adalah..aku gurau je..masih dalam proses la ni…masa depan siot..takkan nak buat main-main..yang kau ni tanya aku, kau dah prepare ke?”, tersengih-sengih Nizam mengenakan temannya itu.
     “Aku? Haha!! Samala macam kau..mesti prepare doh..kejap lagi tak study kena ceramah la jawabnya..”, ujar Haikal. Berderai tawa mereka tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.

STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH..

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Red Outer Glow Pointer