Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 5)



“Macam mana nak selesaikan soalan ni eh? Adoii sakitnya perah otak…mana la pulak nota yang cikgu bagi tadi…”, ngomel Zarina sendirian. Sejak pulang dari sekolah tadi Zarina terus mandi dan sembahyang. Tanpa berehat, dia terus mengulangkaji.
     “Hmm..baik aku rehat dulu..sakit otak aku..”, bisik hati Zarina. Dihempaskan tubuhnya di atas katil Queen yang empuk itu. Tiba-tiba nama Haikal meluncur laju di benak fikirannya. Apa la agaknya dia buat petang-petang ni…
     Sejak berkenalan dengan lelaki bernama Haikal, entah mengapa hatinya seolah-olah sudah terpaut dengan pemilik nama tersebut. Zarina sedar bahawa dia masih mentah untuk menyukai seseorang apatah lagi hendak bercinta. Umurnya baru mencecah 15 tahun. Tapi apalah dayanya untuk menghalang perasaan itu. Bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mendekati Haikal.
     Dengan perasaan yang menderu-deru menyuruhnya bertanyakan khabar lelaki berkenaan, tanpa berfikir panjang pantas sahaja Zarina menghantar khidmat pesanan ringkas. Tidak berbalas. “Hmm..busy sangat ke..”, tutur hati Zarina sambil matanya tertancap ke arah jam dinding. Pukul 4.45 dah rupanya..Baik aku mandi lepas tu solat. Tak nak balas sudahla!

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...