Sunday 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 8)



Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Setelah siap mandi Zarina membuka almari pakaiannya. Dilihat satu persatu pakaian di situ. “Ishhh..apa aku nak pakai ni…yang ni cantik sangat..yang ni simple sangat..ehhh apalah aku ni..macam nak dating je….nak pergi library je pun….”.bebel Zarina sendirian.
     Zarina segera mempersiapkan dirinya. Tersenyum sambil melihat dirinya di depan cermin. Zarina hanya menyarungkan jeans berwarna biru gelap dipadankan dengan blaus biru laut. Selendang biru dipadankan senada dengan blaus yang digayakan. Wajahnya hanya beralas bedak compact dan dicalit bibirnya yang mungil dengan lip gloss. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zarina mencapai beg sandangnya di sisi katil.
     Pantas kakinya menuruni anak tangga. “Mak..zarina pergi library dulu…sebelum pukul 4 Zarina balik..”, beritahu Zarina sambil mencium tangan maknya.
     “Hati-hati ya…jangan lupa makan…”, ujar mak.
     “Baik mak…”, jawab Zarina dengan senyuman. Sebelum berangkat Zarina mencuim pipi Maya, adiknya yang berusia 4 tahun.
     Kaki melangkah menuju ke perhentian bas. Kelihatan beberapa orang yang sedang menunnggu di situ. Masing-masing mempunyai destinasi yang berlainan. Jam menunjukkan pukul 9.25 pagi.
     Gelisah. “Hmm mana la bas ni…dari tadi tak nampak pun tayar bas..”, Zarina berkira-berkira di dalam hati. Bas yang ditunggu akhirnya tiba.
     Tempat duduk di tepi tingkap menjadi pilihannya. Sama ada menaiki bas mahupun kereta tempat duduk di tepi tingkap tidak dilepaskan. Seronok melihat pemandangan di luar.
     Zarina sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 9.55 pagi. Kelibat Haikal masih tidak kunjung tiba. Matanya melilau di setiap tempat. Masih tidak kelihatan. Zarina mengambil keputusan untuk menunggu di dalam perpustakaan.
     “Ramai jugak orang hari ni…hmmm ada pun tempat…”, kata hati Zarina. Dikeluarkan buku latihan matematik. Sedang leka mengulangkaji, tiba-tiba….
     “Assalamualaikum…sory lambat…”, ucap seseorang. Zarina terkedu. Matanya tertancap ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Haikal hanya mengenakan t-shirt hitam dan jeans berwarna biru gelap. Simple. Penampilannya yang sederhana itu makin menonjolkan ketampanannya.
     “Hensemnya dia……….”, bisik nakal hati Zarina. Salam yang diberikan masih belum berbalas. Terasa dirinya diperhatikan. “Ehh..berapa lama aku tenung dia..Ya Allah malunya aku…salam pun aku tak jawab lagi…”ngomel hati Zarina.
     “Waalaikumussalam…err duduk la….”balas Zarina cuba menutup malunya.
     “Hehe..lamanya orang tu tenung kita kan….hensem sangat ke saya…”ujar Haikal sambil membelek wajahnya. Haikal tersenyum nakal. Makin menjadi-jadi usikan Haikal.  Suka dia melihat Zarina dalam keadaan tersipu-sipu malu seperti itu.
     “Eeee tolonglah jangan nak over acting ok…perasan!! “ ucap Zarina cuba menahan tawanya. Bimbang suaranya akan mengganggu orang disekelilingnya.
     1 jam berlalu dengan begitu pantas. Masing-masing keletihan memerah otak tetapi mereka masih meneruskan sesi mengulangkaji. Tumpuan mereka terhadap pengulangkajian terganggu apabila seorang gadis ayu menegur Haikal.
     “My lovely Haikal…tekunnya U study sampai I datang pun U tak nampak…terkejut I datang?” ujar gadis ayu yang tak diundang itu.
     Haikal terkejut. “Apa hal dia buat kat sini..apa aku nak cakap ni..”hati Haikal berkata-kata.
     “U buat apa kat sini..nak datang tak bagitahu pun…”, balas Haikal cuba menutup perasaan kalutnya.
     Perasaan cemburu mengetuk pintu hati Zarina. Entah mengapa perasaan yang tidak diundang itu menyapa hatinya.
     “Aik…sejak bila pulak nak datang library I kena inform U dulu? Library ni bukan milik U sorang…”gelak gadis di hadapannya itu. Zarina dapat merasakan sesuatu di antara Haikal dan gadis itu.
     “Betul jugak..mm..hehee..kenalkan Iqa ni Zarina…Zarina ni Iqa…”ujar Haikal. Iqa dan Zarina bersalaman. Dari lirikan mata Iqa, Zarina dapat merasakan bahawa gadis yang bernama Iqa itu tidak senang akan kehadirannya.
     Zarina mengambil keputusan untuk mengubah tempat duduk. “Biar la Iqa yang duduk kat depan Haikal…mungkin dia lebih selesa…”bicara hati Zarina.
     Ketika sedang leka menyiapkan soalan matematik, Zarina terpandang akan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Drama apa yang sedang berlaku dihadapannya ini. “Macam drama dalam tv je aku tengok..siap cubit-cubit…tendang-tendang kaki lagi..apa kes ni…Haikal kata dia belum ada buah hati… tapi dari gayanya macam tak…”marah hati Zarina.    
     “Zarina nak cari buku rujukan kejap..susah betul nak settle kan soalan ni..”beritahu Zarina sambil berlalu pergi. Iqa tersenyum puas.
     Zarina melangkah laju menuju ke barisan rak-rak buku yang tersusun rapi di situ. Kemas. Tanpa diduga menitis air matanya. Hatinya betul-betul terpukul akan drama yang berlaku tadi. Terduduk. “Zarina..kesat air mata kau…jangan nak menangis hanya sebab lelaki macam tu….”bisik hati Zarina. Tanpa berlengah lagi Zarina mencapai buku rujukan dan kembali ke tempat duduknya.
     “Eh Zarina..are U okay?”ujar Iqa seolah-olah dapat membaca apa yang terbuku di hati Zarina. Hati Iqa puas kerana agenda yang dirancang berhasil.
     “I’m okay…kenapa Zarina nampak macam tak okay ke?”balas Zarina dalam senyuman.
     “Tak adalah..U nampak macam orang baru lepas menangis je..ooppss!! Sory..just kidding…”kata Iqa cuba menyimbah minyak ke atas api yang sedang membara.
     Zarina meneruskan pengulangkajian tanpa mempedulikan kata-kata Iqa. Haikal dapat merasakan bahawa Zarina dapat menghidu hubungan mereka. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Zarina meminta diri untuk pulang. Tidak sanggup untuk melihat drama yang berpanjangan itu.
     Sepanjang perjalanan pulang, Zarina mengingat kembali drama tidak berbayar yang disaksikan tadi. “Iqa tu datang setakat nak menggatal buat apa…bukan study pun…untunglah aku still boleh study walaupun hati aku ni sakit..”bicara hati Zarina.
    
 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

WRITTEN BY,




No comments:

Post a Comment

♥ MANUSIA ♥

Manusia... Selagi manusia itu masih bernyawa, Selagi manusia itu punya kudrat, Selagi itulah mulut dan lidah manusia bisa berkata apa pun, B...