Sunday, 23 September 2012

Takdir Yang Tertulis Buat Kita (Part 9)


Sedap sungguh makan malam yang disediakan ibu. Ikan patin masak tempoyak bersama sambal udang. Tidak ketinggalan ulam-ulaman bertemankan sambal belacan. Ayah sampai tambah dua kali. Masakan ibu memang power. Zarina menonton siaran di televisyen selepas membantu ibu mencuci pinggan mangkuk.
     Adiknya, Maya yang berusia 4 tahun meminta Zarina memberikan pensil dan kertas. Maya amat gemar menconteng dan melukis apa yang disukainya. Tidak lama kemudian Maya memintanya membancuh air milo. Zarina melayan kerenah Maya tanpa merungut. Sememangnya Maya sangat manja dengannya.
     “Sakitnya badan aku…baring kat katil sedap ni…”ngomel hati Zarina. Langkah diatur menuju ke kamarnya. Dihempaskan tubuh di atas katil Queen. Telefon bimbit di sisi dicapai. Dua puluh miscall dari Haikal.
     “Mak ai…banyaknya miscall…nak cakap apa lagi…”bebel hati Zarina sekaligus mengimbas kembali drama terbitan Haikal dan Iqa yang disaksikan tadi. Jauh di sudut hatinya Zarina akui, dia masih tertanya-tanya akan sandiwara yang berlaku di perpustakaan petang tadi. Bertubi-tubi soalan menerjah fikirannya. Kusut. Apa sebenarnya hubungan Haikal dengan Iqa? Kawan? Ingat aku bodoh sangat ke? Sekali lagi Zarina menitiskan air matanya untuk lelaki bernama Haikal. Zarina mengesat air matanya.
     “Ahh..untuk apa aku menangis…wake up girl!!”kata Zarina sendirian. Lagu Bila Cinta nyanyian Gio yang menjadi ringtone-nya memecahkan keheningan malam. Tertera nama Haikal. Ditekan button answer.
     “Assalamualaikum…Haikal mengganggu Zarina ya?”Haikal  memulakan bicara.
     “Waalakumussalam..tak la…”jawab Zarina acuh tak acuh.
     “Zarina okay tak ni…kenapa macam moody je? Suara Zarina macam orang baru lepas menangis je…bagitahu kat Haikal sebab apa jadi macam ni..”soal Haikal cuba memujuk Zarina.
     Lama Zarina mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu jawapan apakah yang harus diberikan. Apabila diasak soalan sebegitu, hatinya merintih seolah-olah jiwanya terbuai dek pujukan Haikal.
     “Zarina….kenapa diam ni…jawabla…risaulah Rina macam ni…”pujuk Haikal lagi. Hati perempuan. Begitu mudah termakan pujuk rayu lelaki, lebih-lebih lagi apabila Haikal memanggilnya Rina. Manja sungguh panggilan itu.
     “Zarina! Jangan lembik macam ni…jangan mudah percaya..”kata hati Zarina.
     “Are U there?” soal Haikal untuk kesekian kalinya.
     “Nothing la Haikal…Zarina letih sikit je..”beritahu Zarina. Dia tidak mahu membahas apa-apa tentang adegan petang tadi.
     “Jangan fikir bukan-bukan ya pasal petang tadi…Haikal dengan Iqa memang rapat…kami dah berkawan dua tahun…Haikal tak nak ada salah faham antara kita..”ujar Haikal.
     “Haikal tak nak ada salah faham antara kita? Apa maksud dia? Aku ni penting ke bagi dia sampaikan dia cakap macam tu? Betul ke apa yang aku dengar tadi?” Zarina berkira-kira di dalam hati. Bertubi-tubi soalan menerjah benak fikirannya.
     Melihatkan Zarina yang masih berdiam diri, Haikal bertekad untuk meluahkan segalanya.
     “Rina…sebenarnya Haikal dah fall in love dengan Zarina…Haikal dah lama nak bagitahu..tapi Haikal takut Zarina tak terima..”ujar Haikal.
     Betul ke apa aku dengar tadi. Zarina menampar pipinya. Sakit. Aku tak mimpi. “Tapi kenapa cara Haikal dengan budak pompuan tu tak macam kawan? Zarina tak bodohla..cubit-cubitla..siap tendang kaki lagi…apa kawan rapat style macam tu ke cik Haikal? Terus terang je…”Zarina memuntahkan apa yang terbuku di hatinya. Lega.
     “Budak pompuan? Hahaha!! Ada bau cemburu la…kan? Kan? Zarina cemburu kan? Cemburu tandanya sayang tau…..Zarina sayang Haikal ya? Sejak bila ni…tak bagitahu pun..kantoiii….hahaha!! yahoo!! Haikal tak bertepuk sebelah tangan la ni…”ujar Haikal kegirangan.
     Zarina tersenyum. Hatinya penuh dengan bunga yang kembang mekar mewangi. Malam itu bulan dan bintang menjadi saksi berputiknya cinta mereka. Angin malam membawa khabar cinta mereka ke seluruh pelusuk dunia.

 STICKY NOTE : BISA SUNGGUH LUKA INI WALAU TAK BERDARAH...

WRITTEN BY,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Red Outer Glow Pointer